Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 15 November 2012

Telefon buruk

Kring, kring......kring, kring...
Tertera satu nombor baru di skrin telefon bimbit.

Penerima : Hello..
Pemanggil : Hello... ( suara macam tak pasti..)
Penerima : Hello...
Pemanggil : Hello... ni sapa?
Penerima : ( saya selalunya tidak akan memperkenalkan diri kpd panggilan yg tak dikenali... berjaga2 dan berhati2...)
Pemanggil : Boleh saya tau ini sapa?
Penerima : Maaf,. Encik yg panggil tentu encik tau dgn sapa encik nak bercakap.
Pemanggil : Ya la, tapi ni sapa ?

Dah dua tiga kali dok ya la, ya la.... akhirnya,

Penerima : Encik nak bercakap dgn sapa?
Pemanggil : Saya nak bercakap dgn Encik Abcdef. Yang bercakap ni sapa?

..... La,...tanya lagi! Dia yg nak bercakap, dia boleh tanya aku....

Penerima : Ini bukan Encik Abcdef.....

 ....... tiba2 talian diputuskan dan terdengar gagang telefon diletak keras, ... takdak nak minta maaf ka, terima kasih ka. Aku pon sama jugak la dok layan lama2... hehehe.

Kalau orang kata orang barat lebih beradab dengan Thank you, Yes Love, I am so sorry , Excuse me..  ramai orang orang kita tak percaya.  Ajaib?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan