Kami sedaerah sini memanggil sebagai Buah Payong. Masa tu takdak sapa tau bahawa pokok ini jugak membawa nama Pokok Ketapang.
Teringat masa2 sekolah rendah dulu. Ada sebatang pokok dekat padang. Sapa yg mula bagitau kata boleh makan, aku pon tak tau.Yg dimakan bukan buahnya tapi biji benihnya (di Pahang terkenal dgn minyak biji Ketapang nih). Buah payong ni masa muda warna hijau. Yg aku dgn kawan2 makan ni buah yg dah masak dan kering luroh di tanah. Kutip dan cari parang. Belah dua dan cungkil biji. Bijinya adalah sebesar biji buah badam, rupa pon seakan2 badam. Rasanya macam rasa kuaci biji labu..lemak2.., tapi tak boleh makan banyak nanti pening. Masa tu selalu pinjam parang drp Pak Chin ( Tukang Kebon )..atau kalau masa angin dia baik, dia akan belahkan kpd aku dan kawan2.....Arwah Pak Chin ni garang dan menakutkan budak2 sekolah. Sejak lepas sekolah rendah tu sampai ke laani tak pernah dah makan.
jamdip kin khau ron aroi woi.
BalasPadam