Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 30 November 2012

Kereta Lembu Moden

Jumaat 30 Nov 2012
Jam 12.36  tengah hari 
Lokasi: Sepanjang jalan sejauh 10 Km
Selesai urusan di 3 bank... bergegas pulang, kalut2 sikit kerana masa dah agak suntuk untuk bersiap ke masjid.
Kilometer pertama masih dlm pekan. Masuk kilometer kedua saja dah mula ada deretan kenderaan, bergerak pelan2... sekitar 40km/j. Ah, aku dah kalut ni...sapa pulak yg makan angin nih. Dlm kalut potong2 tu sampai la aku ke puncanya.. satu viva baru.. dr cermin sisi nampak wajah bertudung. Sebelah pemandu ada seorang kanak2 ( perempuan lah tu). Semasa melepasinya aku memandang ke arah pemandu itu. Selambanya dia, sedang mengais2 sesuatu 'gadjet' sebesar buku surat Yaasin di atas stering vivanya tu. Tudia, tengah update iPad. Ok  selesai kes tu...aku melajukan Kancil tu... Tak jauh dari situ di satu selekoh lembut tu terjumpa satu lagi sederet. La...ada lagi, sapa pulak kali nih. Aku pon kalut2 lagi sekali, pantang takdak keta depan saja aku pintas. Ooo, Proton Saga thn 85, seorang lelaki dewasa bersendirian. Semasa memintasnya, aku jengok jugak nak tengok apa pasai jadi pelan sangat ni.. Wow, dua tangan di atas stereng jugak dia pon, sedang membalut rokok daun sambil kepala hanggok2 ( menyanyi ka atau mengikut lagu?). Ingat dah selesai, rupanya sebelom sampai, ada lagi... isk, ramai jugak yg bersantai pada hari Jumaat ni berkereta pelan2... Yg terakhir deretan ni aku tak dan tau sapa la pulak pemandunya dan apa pulak sebab jadi pelan tu,.. aku dah sampai simpang ke rumah terlebih dulu. Memang teringin jugak nak tau! Kalau backhoe ka, traktor ka, kereta jenazah ka... boleh maaf la.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan