Dr kiri: Kerabu Beka, Kerabu Daging Mentah
Kalau Jepun dgn ikan mentah/sushi. Kami, puak Melayu cakap siam ni pon ada makanan mentah, bukan ikan tapi daging. Kalau kaum puak lain ada menu spesial, maka kaum puak kami, Melayu cakap siam ini menu spesialnya adalah 'Kerabu Daging Mentah' (Jamdip). (Bukan seperti kerabu daging atau kerabu perut yg ada di kedai makan tu, atau kedai Tomyam tu. Yg tu dah direbus dulu).
Ini resepi turun temurun yg diwarisi dr Istana Kesultanan Siam (?). Setakat ni belom ada diketahui dimana-mana tempat lain di Tanah Melayu ini yg menyediakan resepi ini kecuali ditempat2 yg ada penduduk Melayu bercakap siam. Bagi orang baru yg menjadi 'keluarga' di sini...selalunya perkataan yg terkeluar bila diminta jamah,"Isk, tak lalulah!"."Oh, tak pernah makan!"..tapi ada jugak yg berani mencuba dan terus meminatinya. Menu ini akan dihidangkan pd waktu2 tertentu spt majlis kenduri dan pd bulan puasa ketika berbuka.
Resepinya sangat mudah. Rempah utk kerabu spt serai, lengkuas, lada hitam, kelapa parut/kerisik, cabai melaka, asam limau, dan daging tanpa urat dan lemak. Daging dicincang-cincang ( ada yg suka kasar dan ada yg suka halus). Basuh. Gaulkan dgn rempah2 kerabu yg ditumbuk halus. Perahkan asam limau dan sedia utk dinikmati. Tak perlu dimasak.
Bila balik kampong Mak aku mesti buat bagi aku makan.Lauk lain tolak tepi.Sayang emak.
BalasPadamMakanan kesukaan.. kena pulak kalau boh cabai melaka lebih sikit ... makan sampai memeleh ayaq idung pun x sedaq...
BalasPadamEroi ching ching !
Tak ramai yg dapat menikmatinya. Hanya mereka 'terpilih' saja bersedia utk merasai kesedapannya...
Padam