Pelik. Macam kucing dgn tikus. Berlari atas bendul jelapang adalah sesuatu yg sangat aneh dan pelik untuk dilakukan sekarang. Tidak mungkin dapat dibayangkan budak2 generasi sekarang. Bermain aci ligan selalunya hanya dimainkan di tanah lapang. Kekadang ada yg bermain di air sungai. Tetapi ini lain sikit. Dgn berpaut pada dinding jelapang dan berpijak pada bendul...di situlah kami bermain aci ligan. Ibu dan pemain2 semua akan berada di bendul jelapang... masa diligan ibu tu...berebut2 berlari sambil berpaut tu... kadang2 jatuh berlonggok ke tanah bila tiba di penjuru jelapang atau bila ada kawan yg lambat bergerak...yg lebih seronok bila ada dua jelapang bersebelahan..boleh lompat sebelah menyebelah. Lelaki perempuan semua ligan bersama.. Yg dapat disentuh atau jatuh jelapang akan jadi ibu...masing2 macam terzen laa pulak.
True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan