Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 2 Disember 2012

Jalan Pakai Mulut

Pagi tadi, tarik pintu pagar nak keluar pi beli suratkhabar. 
Nampak sekor siputbabi merayap 'balik rumah' agaknya.
Siputbabi tu pelan2 jalan lenggok2 sungut ( dia merungut ka dak, taktau pulak).
Walaupun pelan jalan,..tapi perut tak pernah lapar, jarang jumpa siputbabi yg kurus.
Kalau tak sempat sampai rumah, sorok saja mana2 bawah daun ka, batang kayu burok ka..
Lama jugak aku perati siputbabi tu..
sesekali macam dia perasan aku dok perati dia....
Aku ingat lagi, ada org tua pernah cakap,"siput jalan pakai mulut, sebab tu tak sesat"..
Kita  manusia, kalau "Segan bertanya, sesat jalan". 
Tapi zaman sekarang makin ramai yg tak mau jawab soalantanya. Takut sesat.
Zaman laani ada mulut tapi tak mau tanya pon tak sesat dah sebab dah ada GPS!
GPS tu apa?.... Guna Pon Sesat!

Untung jadi siputbabi ni bandingkan dgn siput lain.. jarang dengar kena potong ponggong!
Kalau siput lain dah lama kena sedut.
Tapi jgn silap parking cengkerang tu, terpijak nanti penyek terus!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan