Satu permainan dulu2. Kira tradisi kampong Alor Tebuan dan kampong2 sekitar jugak laa. Masa dulu rumah pusaka tu ada laman yg lapang dan selalu ditarah rumput. Yg tinggal tanah kontang, situlah tempat permainan orang muda dan aku adik beradik. Satunya adalah main gasing.
Gasing kami dok main ni bukan macam hat depa dok main laani. Main pusing ligat sapa lama. Takdak sapa nak main gasing pusing tu...tak larat nak tunggu sampai sejam dua dok tengok pusing saja. Apa syok? Kami main gasing pangkah/pakok. Pangkah/pakok sampai tercabut paku, sampai terbelah dua. Kalah.
Jenis gasing taktau apa nama. Kami sini pangge gasing saja. Asasnya bentuk macam jantung pisang tu. Ada dua reka bentuk; 1. Ada kepala ( macam tangkai durian tu). 2. Takdak kepala ( takdak tangkai)- lupa dah!..Yg ada kepala tu belit tali dari kepala...yg takdak kepala tu belit tali dari paku. Tu laa bezanya.
Nak mulakan permainan kena ada gelanggang. Nak buat gelanggang kena cari tempat lapang. Masa tu depan rumah pusaka Tok Leman ada laman lapang. Di situ jadi tumpuan. Buat bulatan dgn menggaris tanah. Luas gelanggang ikut persetujuan ramai...selalunya kalau ramai pemain gelanggang agak luas laa jugak...lebih kurang sedepa garispusat.
Gasing C akan ditahan dlm gelanggang.
Nak mula kena pukoi garis dulu iaitu satu garisan pangkah atas tanah. Kami giliaq2 memangkah garisan tu. Sapa yg paling hampir akan pangkah dulu nanti dan sapa yg paling jauh akan jadi orang pertama letak gasing utk dipangkah/pakok dlm gelanggang. Mulalah memangkah sehingga pecah atau terkeluar dr gelanggang.
Sebab2 lain yg membolehkan gasing ditahan dlm gelanggang adalah gasingnya terlekat/berhenti dlm gelanggang dan 'tonyoh' (= gasing berpusing terbalik kepala ke bawah paku ke atas). Selepas semua gasing terkeluar dr gelanggang, utk memulakan kembali permainan, pemain2 akan 'jib' gasing iaitu memusing gasing masing2 serentak dan akan menangkap gasing dgn memaut tali pd gasing dan menyebut 'jib' bila dapat menangkap gasing tersebut. Sapa yg terakhir 'jib' akan di tahan dlm gelanggang utk dipangkah/pakok.
Seringkali jugak berlaku kemalangan. Terpangkah kaki sendiri pon ada..... tapi masa tu mana nak heran setakat kena paku gasing!
mmg best.. kt hulu selangor main macm ni juga dulu..awal 90an dulu slu main time sekolah rendah .. penah pecahkan 5-6 gasing orang.. lepas tu xboleh main dgn bdk2 lagi.. kene join geng orang besar.. bala-bala.. haha..pecah gasing kesygan aku..tp berjaya sopek-sopekan byk gasing org smpai x boleh main lgi org tu..sorry geng.. permainan je tu..
BalasPadam