Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 30 September 2012

Miskin yang senang.

Masa bekerja di sekolah. 2 buah sekolah yg kedua2nya kawasan luar bandar. Bila ada sesuatu majlis yg melibatkan waris, sudah tentu waris akan dijemput. Waris terdiri drp pelbagai kedudukan ekonomi dan sosial tetapi kebanyakannya lebih terlibat dlm bidang pertanian khususnya penoreh getah. Dihujung majlis akan ada jamuan makan. Waktu inilah akan kelihatan seolah2 'miskin yg senang dan kaya yg susah' apabila golongan pertengahan yg agak berada dan golongan 'kaya' sangat tergesa2 menuju ke hidangan manakala simiskin( kelihatan) sering terlepas ke belakang. Terpaksa dijemput berulang kali ttp simiskin yg senang ini tetap dgn jawapan, "tak apa, bagi depa makan dulu, sat lagi saya pi"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan