Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Selasa, 7 Ogos 2012

Aktiviti Lepas Tarawih- Ramadhan 14



Masa ni umur 16 tahun..Form 4. Tarawih masa tu berpindah rumah. Segilir 3 malam untuk satu rumah. Moreh sorang sikit bawakan dari rumah.  Bermula dengan Solat Maghrib, Solat Isya' dan berTarawih. Selalunya kalau sampai akhir Witir, akan tamat sekitar jam 11 malam. Selepas tamat semua tu, akan berlangsunglah aktiviti kami...Aku, Wahab, Loh, BangCik., BaiHaq, Li Sarip dan sorang dua lagi. Aku dgn Wahab memang satu rangkai sebab aku selalu bonceng basikal sama2. Aktivitinya hanyalah duduk2 di jalan raya dan buka sembang, masa tu jalan raya taklah sebok macam zaman laa, selalunya sampai jam 4.00am baru bergerak balik dan terus sahur. Dah tak ingat dah apa topik yg seronok sangat dok bersembang tu. Tiap2 malam pulak tu. Esoknya semua mata kelat saja dok dalam kelas. Ngantuk! Tapi jarang antara kami yg tuang sekolah. Tak macam budak laani. He he he.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan