Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 25 Disember 2011

Tuba ikan Sg Perak

Dulu aktviti menuba ikan di Sungai Perak macam pesta air sahaja. Ketua pelapisnya ialah Cikgu Azman yang mengajar di SK Air Mati. Orang kampung yang turut serta pakat-pakat bayar RM15 sebuah sampan.Akar tuba dibeli dari pekebun sayur Cina di Kampung Timah, Tanjung Tualang. Akarnya diketuk-ketuk di bawah rumah Pak Daud Wan Saedah. Waktu 12 tgh mlam, pergilah ramai-ramai di olak Sungai Perak berhadapan kuala Sungai Budiman. Tok Gedin bacalah mentera minta keizinan hantu air. Akar tuba mengeluarkan warna putih dan tenggelam di kawasan olak.Banyaklah ikan timbul sesak nafas. Kini,bila berkursus di hotel dan mandi kolam, kengkawan panggil aku hantu air ... pantang jumpa kolam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan