37 drp 50
mantan MB
Hari jumaat lah hari yg paling tension sekali masa dok asrama dulu , pasai nak kena pakai baju melayu putih sampin merah mcm pemuda umno tu ,beratur dan berjalan pi masjid ,dekat jalan langgar (Giant Bukhari)sana nun..sampai peluh cerau, balik lagi la ..dok ingat nak makan saja ..
Sampai sj kat asrama , dok beratur plak tepi dewan makan,.. tera mamak tu nak buka pintu , sambil dok perembang ayam mana besaq atas meja makan .Menu hari tu gulai ayam , bilis goreng dgn kacang tanah dan sayur .
Kebetulan hari jumaat tu , aku dok sebelah dgn mantan ni , masa tu dia dah form 6 , aku form 2.
Selepas makan tak berapa lama ,tiba tiba saja dia bangkit dan berlari keluaq dari dewan makan , aku pun hairan ..pasai pa plak dia ni .
Aku keluaq pi tanya dia pasai apa, pening kpala ka ..sampai termuntah2 keluaq airmata sekali mcm tu..kecian dia!
Katanya , cuba hg pi tengok dlm tray aku ada apa ....lama jugak dok usya apa tak kena ...rupanya ikan bilis goreng bercampur dgn cicak kering yg tinggal kepala ( kepala cicak tu rupanya seakan kepala ikan bilis )..aku pun terus loya .Dan hari tu sambung makan roti kering sj dlm bilik ..sambil dok maki celaka punya Mamak .
Cerita asai: Lan Siam (Roslan Abd Rahman~Alor Tebuan Selatan)
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan