Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 12 Disember 2011

Cerita exsmdso 44~ Jumpa kawan lama

Cerita exsmdso 44 drp 50
 
Gambar hiasan
Kemarin lepaih tulih cerita mona gersang tu, aku pun balik la dari opis, singgah sat boh minyak kreta kat mobil depan menara telekom tu,lepaih tu mula la merayap pelan2 kona kut jalan telok wanjah nak balik umah...bila sampai dekat depan bangunan Perkeso tu jengok pi la kot2 kawan kita Izham Khalil ada...tut2 tengok nampak macam kelibat dia dok ada depan pejabat tu,...pusing balik kat round about telok wanjah mai kat dia..perati dia dari dalam kreta...dia pun tak perasan ...aku pun mati injin kreta turun pi bagi salam, dia jawab salam aku...tapi aku tak berani nak kata betoi ka dia atau silap orang..jadi aku tanya nama dia dulu la..dia tak habaq tapi dia tanya aku pula ni Jamal ka...bila dia tanya gitu aku rasa sahla dia..pasai dia pun tau nama aku....gitulah bila dah lama tak jumpa...rupa nampak lain...lepaih tu aku ajak dia pi pekena teh tarik dulu la kat pokok ceri.....sambil tu aku call moha kut2 dia free tapi dia dok tunggu cikgu sukarno nak bagi roselle...so kami sembang la cerita2 lama tanya habaq hang aku dan la sampai dekat nak maghrib...
Dia masih dok teringat kawan2 lama lagi, dia tanya Pak Ya, Haris, Mail Zakaria, Mat Wi, Mat Khir Brahim,Tuan Asri kita, Asri Mat Zain dll la....dia ada crita juga kata masa dia koma kena masuk hospital dulu tu pasai paru2 bengkak, Dr Shaltut selalu dok mai jengok dia...take care kawan2, sampai staff nurse tu tanya camna u boleh kenai dengan boss depa tu, dia kata kawan sekolah la,...aku respect Dr kita ni pasai dia tak kira sapa,..teringat aku macam moha kata Dr kita ni kalu bukan pasai nak tolong anak bangsa dan kalu nak kaya dah lama dah dia tinggai hospital kejaan tu pasai offer dari luaq lagi baguih..teruih kan Dr, semoga ianya diambil kira oleh Allah SWT jua...
Aku habaq kat dia kata kita mungkin jumpa raya cina ni, kalu ada kelapangan tu mai la pokok ceri..tapi kena conform dengan setiausaha dan pengerusi dulu la..
Dia pun crita kata Man Salim rajin la jumpa dia dulu pasai ofis dekat, selalu juga man salim call dia ajak pekena teh tarik tapi lani sejak pindah opis tu jarang2 juga la jumpa...,ada sekali dia kata jumpa Apek masa tu apek nak pi LIMA langkawi, mula tu tak kenai juga tapi bila pakat2 perati perasan la kekawan lama ni....
Dia lani dok kat kawasan umah aku juga ,dia kata batu 3, jalan langgar...aku tekejut juga pasai tu kawasan umah aku tapi tak pernah jumpa..aku tanya tang mana...dia kata dia beli umah kat Taman Setia Jaya....kira satu kariah la..tapi tak pernah jumpa atau jumpa tapi tak cam..
Tengok jam dah dekat nak maghrib kami pun belah la,aku pi antaq dia balik kat bangunan Pekeso dan teruih balik....tapi dalam hati rasa puas juga dapat jumpa kawan2 lama yang lama tak jumpa...semoga hubungan silaturrahim ini dapat berkekalan dan dikira disisi Allah SWT....
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asai: Ir. Jamal Nasir

Tiada ulasan:

Catat Ulasan