45 drp 50 cerita.
SMDSO~Belajar mengeja..
Aku (ana) nak cerita mula-mula aku mai sekolah pekan. Aku pada mulanya belajag dekat SMK Gurun di tingkatan 1. Sekolah tu ramai pelajar Cina dan India . Pelajar Cina ni semuanya umur lebih tua drpd budak Melayu krn depa ni kena kelas remove dulu. Aku masih ingat lagi, minggu pertama dah kena rotan krn cakap melayu masa waktu BI. Sekolah tu macam international school krn budak India dan Cina semuanya speaking. Kita dr sekolah kampong mana la nak tau sangat. Merangkak mcm kora bau saja kalau nak cakap. Oleh sebab tu lah aku minta mengaji di Alor Setar pasai cikgu BI nya garang. Perkara yang aku tak boleh ingat bila hari nyanyi lagu negara ku . Nyanyiannya bertabur dan nadanya pun macam Cina ,India masuk Melayu.
Alkisah setelah permohonan masuk SMDSO diterima , aku diminta mendaftar diri. Tarikh tak ingat lagi , tapi aku masuk lewat. Selepas mendaftar diri aku ditempatkan dalam kelas 1 K. Bersama dengan aku ada lagi sorang budak baru iaitu Mad Nan . Kami dua-dua orang ni pada mulanya tak kisah la dok kelas 1K sebab tak tau apa-apa lg.
Hari pertama aku ditempatkan dalam kelas 1K aku dan Md Nan terkejut beruk kerana ada seorang cikgu masuk mengajar, dia tulis di papan hitam perkataan ’CUCI’ dan setiap pelajar diminta mengejanya. Bermula saat itu aku mula pikiaq, aku ni silap masuk sekolah ka, sekolah menengah ka sekolah rendah. Kalau di SM Gurun aku rasa tertekan pasai ramai pelajarnya mampu berbahasa Inggeris tapi di sekolah ni aku rasa macam masuk tadika. Bermula dari hari itu aku dan Md Nan mulalah mencari cikgu Mad Man (aruah dah) minta nak ambil periksa untuk penempatan kelas. Semua pelajar lain telah ambil periksa untuk penempatan kelas. Pada mulanya Mad Man tak mau layan kami, dia kata kalau hang pa pandai tahun depan kalau periksa akhir tahun baguih hang pa boleh naik kelas. Oleh krn tu kami terpaksa balik semula ke kelas 1K. Aku dan Md Nan kata kalau kita dok kelas ni, no 1 dan no 2 dah tentu kita yang punya. Hari kedua pi jumpa pula cikgu Mad Man minta ambil periksa lagi tapi dia masih lagi tak layan. Dia tanya macam-macam soalan. Dia tanya kami dari mana, sekolah mana dan anak siapa. Rupa-rupanya Mad Man ni kenai ayah aku bila aku cerita aku ni asai orang Sg. Limau Dalam (MB la ni orang kampung aku la) cuma dia tak bagitau dekat aku la.
Hari ketiga kami pi jumpa lagi. Pada mualanya cikgu Mad Man ni marah-marah pasai kami ni jenis ketegaq. Hari tu sambil dia mengomel dia capai dua set soalan dan bagi kat kami berdua menjawabnya. Apa lagi kami pun jawablah. Lepaih tu dia terus periksa khetaih kami dan bagi markah. Akhirnya dia tetapkan aku ke kelas Tingkatan 1A , dan Mad Nan pi kelas 1 C (kalau tak silap aku) . Aku dan Mad Nan terpaksalah berpisah. Bermula hari tu aku dok kelas 1A, dan cuba menyesuaikan diri pula. Persepsi aku masa tu, barulah terasa yang belajag di sekolah menengah pasai aku tak lagi di ajar mengeja. Bermula juga hari tu aku mula mengenali kawan-kawan yang nama nya Moha , Art, Asri, Bambai dan ramai lagi yang aku tak larat nak tulis disini.
Cerita Asai: Cikgu Halim Pak Aji. Terima kasih kongsi sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan