Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Rabu, 7 Disember 2011

Adab Potong Q.

gambar hiasan

Hari     : Sabtu 26 Nov 2011
Waktu :  11.35 pagi
Lokasi : Auto Teller sebuah bank (di Pekan kecil Baling)

Perihal :  Masa ni gaji keluaq. Dua ATM tu sarat dgn orang berbaris. Aku dan seorang yang berpakaian agak kemas berbaris bertentangan. Agak2 adalah 15 orang jugak di depan. Masuk seorang berUniform lengkap lepas keluar...siap ada ketul2 lawang atas bahu....terus tuju kedepan dgn ayat...'minta saya dulu'...cucuk kad ATM dgn selamba.......Yg berpakaian kemas setentang dgn aku tiba2.,..."Hoi...apa nih..." Org Uniform tu jawab...."Urusan kerajaan Malaysia"...kemudian org uniform ketat lepas keluar tu belah gitu saja....dengan wajah tanpa rupanya. Orang berpakaian kemas tu omel kat aku...."Bukan nak marah, kalau nak cepat pon apa salahnya minta izin ka, bagi tau ka.....maaf ya, saya nak cepat...ada kes kecemasan ka, apa ka..ini tak..main redah gitu ja...harap pangkat saja tinggi, idung jgn la tinggi...taulah dia pegawai kerajaan Malaysia. Aku ngangguk aje! Betul jugak kata dia tu.

2 ulasan:

  1. islam mendidik kita dalam segenap aspek kehidupan,,,

    BalasPadam
  2. Tapi....yg uniform tu Islam (tengok pd nama dan rupa), yg jerit hoi tu pon Islam...yg angguk tu pon Islam..

    BalasPadam