Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 11 Disember 2011

Cerita exsmdso 43~"awek cina tepi sungai"

 
Gambar hiasan.
Hang betoi la Lan,Jamal tu bukannya apa, terkena badi mona gersang la tu. Pasal mona ni terkenanglah aku kisah dulu-dulu. Bukannya apa bila cuti sekolah saja aku dengan fandi selalu pi pekan langgar kat rumah tuan presiden kita. Bila sampai sana selalunya pot yang menjadi kegemaran adalah rumah tok dia pasal rumah tu kosong. Nak tenangkan fikiran apa lagi, kami kerabat la dapur tok dia tu pasal semua stok ada kat situ. Selepas mentelaah lebih kurang tension pun kuranglah. La ni kalau pi pekan langgar teringat kenangan lalu dengan peristiwa rumah tok presiden, rumah awek cina tepi sungai dan kisah merayau-rayau dalam makam diraja dengan Lut. Aku kadang-kadang kesian juga dengan nasib sahabat kita. Bukhari yang macam tu semoga Allah dapat menyembuhkannya. Jamal, teringat pulak pasal team Spurs masa tingkatan 2. Masa tu kiranya team lain tak berani lawan dengan kita.Yang aku masih ingat bola yang kita main tu selalunya ambil dari bilik sukan pada permulaan sekolah dan dihantar balik bila habis tahun. Bila habis main saja bola terus ditendang kedalam rumput yang panjang untuk disimpan bagi permainan seterusnya. Jamal hang mungkin tak tau kami ada tubuh satu team iaitu "Black Power"untuk main diluar sekolah pada masa tu kerana pada masa tu selalu diadakan pertandingan enam sebelah. Antara yang ada dalam team tu aku, fandi, apek dan tiga orang lagi yang aku lupa. Kalau pasal cerita apek ni aku teringat macam mana aku kena kelentong orang tua dia bila nak ajak apek main bola. Kadang-kadang tu bila keluar pakai kain pelikat saja tapi dalamnya dah siap semua untuk main bola. Apek kalau hang tengok tulisan ni aku mohon maaf la akan kesalahan aku yang lalu pasal masa tu kita masih budak lagi.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asai: Yahaya Abd. Rahman.. Bertam, S/Perai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan