Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Rabu, 21 Disember 2011

SBPA - 'Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam'

Satu lagi perkara yang aku nampak masih ramai keliru adalah tentang umur persaraan paksa 60 tahun...opsyen SBPA dan umur persaraan paksa tu sebenarnya dua opsyen yang berlainan...kalau hangpa semua nak pilih SBPA tapi tak mau pilih opsyen 60 tahun pun tak pa... 

Salah Faham Yang Kedua:
"...tak sanggup la nak ambik SBPA...tak sanggup kena bersara umur 60 tahun tu...mampuih nak kerja time tu...dah tak larat dah..lagipun kalau nak pencen pilihan...jenuh nak tunggu sampai umur 60 tahun baru nak dapat pencen..."

Komen Aku :
Macam aku sebut kat atas...kalau terima SBPA tapi tolak umur persaraan paksa 60 tahun tu pun takpa...tu bagi sapa-sapa yang rasa nak kerja lama ja..dah kerja sampai 56 atau 58 tahun tapi  rasa tak mau berenti kerja lagi...so boleh la sambung kerja lagi tapi takat umur 60 tahun je la...lepas tu wajib kena berenti dari perkhidmatan awam...yg dah tak larat tu, berenti saja laa lepas 56 tu tapi tak la boleh lebih 60 jugak laa.

Satu perkara penting perlu diingatkan...kalau pilih terima umur 60 tahun tu pun... bukan bermakna  wajib kena kerja sampai umur 60 tahun baru boleh berenti kerja...boleh berenti awal ambil bersara pilihan...tapi nak bersara pilihan pun kena la lepas umur 55 tahun...sebab:

96. Pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dan kemudiannya bersara pilihan  akan dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun. 

Sebab tu la aku kata SBPA ni baguih dok ada...kalau macam SSM sekarang ni...katakanlah hangpa sekarang opsyen bersara paksa umur 58...kalau nak bersara pilihan umur 55 tahun...hangpa cuma akan dibayar ganjaran dan gantian cuti rehat ja masa 55 tu...kena tunggu sampai umur 58 tahun baru pencen bulanan tu akan mula dibayar...kes 'naya' tu...so dalam SBPA ni memang lebih 'adil' untuk penjawat awam yang berhajat untuk berhenti awal dari perkhidmatan awam.

Penting untuk hangpa faham...walaupun hangpa menolak opsyen SBPA dan persaraan paksa 60 tahun pun...pembayaran pencen diawalkan ke umur 55 tahun tu tetap hangpa akan dapat jugak..so tak payah la dok kalut..kalau memang hangpa dah nekad nak tolak SBPA ni atas sebab-sebab tertentu...teruskanlah niat anda itu..hangpa tetap dapat 'faedah' tu...tapi bagi pendapat peribadi aku..lebih baik terima ja SBPA ni!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan