Zaman DYMM Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah,
Sultan Kedah ke 23, 1854-1879.
1855 - 1886
Pada 13 Mac 1856, dua batang jalan raya dibina menghubungkan bandar Alor Setar dan Langgar dan Simpang Hutan Kampung ke Kepala Batas, sementara dlm tahun 1856 jalan raya antara Alor setar dan Anak Bukit mula dibina.
8 September 1856
Tunku Dhiauddin, adinda baginda yg tertua dilantik sebagai Raja Muda. Beliau telah mendirikan istana kediamannya di Bukit Tinggi.
YTM Raja Muda Tunku Dhiauddin
( Tengku Kudin)
12 MEI 1861
Sekolah Melayu yg pertama di Alor Setar diberi nama Sekolah Jawi Padang Lepai, (jalan Putera sekarang) dikhususkan utk putera2 raja dan anak2 bangsawan. Gurunya bernama Ali Mukmin Munsyi dr Singapura.
1862
Sebuah limbungan utk membaiki kapal telah dibina di sebelah timur Sg Raja, Alor Setar. Tempat ini sekarang di panggil Limbong Kapal.
1863
Askar Melayu Kedah yg mengandungi 100 org telah ditubuhkan di bawah pimpinan seorang Belanda - Islam bernama Haji Abdul Rahman.
10 NOVEMBER 1864
Raja dan Raja Muda Kubang Pasu iaitu Tunku Ishak dan saudaranya Tunku Muhammad Saman, dgn rasminya menyerahkan kembali Daerah Kubang Pasu kepada Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.
1865
Baginda Sultan mengarahkan adindanya Tunku Dhiauddin ( Tunku Kudin) meneroka jalan raya dr Kubang Pasu sampai ke perenggan Singgora, sementara Tunku Yaakob ditugaskan membina jalan dr Anak Bukit ke Kepala Batas.
1866
Tunku Dhiauddin yg berkahwin dgn puteri Sultan Abdul Samad Selangor telah dilantik sebagai Viceroy Kerajaan Selangor. Penglibatannya dlm peperangan saudara di Selangor (1866-1873) menyebabkan Sultan Ahmad Tajuddin memansuhkan jawatan Raja Muda yg disandangnya lalu mengangkat Tunku Yaakob, adindanya sebagai Raja Muda Kedah pd Februari 1873.
19 SEPTEMBER 1867
Perjanjian baru mengenai Seberang Prai telah dimeteraikan di antara Sultan Kedah dgn pihak Kerajaan Inggeris yg antara lain mengenai ketetapan sempadan dan cukai barangan keluar-masuk di antara Kedah dan Seberang Prai.
Surat Perjanjian mengenai Seberang Prai
yg diperbaharui pd 20 Jamadilawal 1284 (1867M)
1868
Oleh sebab ramainya kemasukan kaum China di Alor Setar dan Kota Kuala Muda, Baginda telah melantik Ah Seng sebagai ketua masyarakat China yg pertama (Kapitan). Selepasnya dilantik pula Ah Saw menjadi Kapitan dan diberi gelaran Bijaya Bisara. Gelaran tersebut diubah menjadi Kapitan Bijaya Setia pd zaman Sultan Abdul Hamid.
Tye Choon Taw, seorng ketua masyarakat China
yg dilantik pd masa Sultan Abdul Hamid, bergelar Kapitan Bijaya Setia.
1870
Wan Muhammad Saman bin Wan Ismail dilantik menjadi Perdana Menteri Kedah.
Dato' Wan Muhamad Saman
1870-1898
OGOS 1873
Kerajaan Siam meminta bantuan Kerajaan Kedah menamatkan pemberontakan org2 China di Tongkah (Phuket).Baginda menghantar angkatan Kedah yg diketuai oleh Wan Muhammad Taib bin Wan Musa, sementara angkatan kedua diketuai oleh Raja Muda sendiri, Tunku Yaakob. Mereka berjaya menamatkan pemberontakan tersebut.
APRIL 1874
Raja Siam, King Chulalongkorn dalam perjalanan pulang dr lawatan ke India telah singgah selama 6 hari dan semasa di Kedah bermalam di Istana Anak Bukit. Sambutan telah diadakan secara besar2an.
King Chulalongkorn (1868-1910)
JANUARI 1876
Sultan Ismail dr Perak bersama 300 pengikut dan 20 ekor gajah yg melarikan diri ke Kedah melalui Hulu Perak setelah berlaku peristiwa pembunuhan JWW Birch (Residen British) telah tiba di Chiak, Mukim Kupang, Baling. Mereka kemudian dipersilakan Sultan Ahmad Tajuddin tinggal di bandar Kota Kuala Muda sebelum diserahkan kpd pihak berkuasa Inggeris di Pulau Pinang pd awal Januari 1877.
22 JUN 1879
Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah mangkat di istana Kota Setar. AlMarhum meninggalkan 4 putera dan 4 puteri dgn permaisurinya Wan Hajar (saudara Dato' Wan Mat Saman) serta 2 putera dan 4 puteri dgn isterinya Wan Jah. Tunku Zainal Rashid dilantik sebagai Sultan Kedah ke - 24.
Zaman DYMM Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II,
Sultan Kedah ke-24 1880-1881
29 JANUARI 1880
Tunku zainal Rashid, putera sulung Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin dgn isterinya Wan Jah diisytihar sebagai sultan manakala Tunku Abdul Hamid, putera Wan Hajar dilantik sebagai Raja Muda.
22 SEPTEMBER 1881
Kemangkatan Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah II. Pd 23 Mac 1882, Tunku Abdul Hamid diisytiharkan sebagai Sultan Kedah bergelar Sultan Abdul Hamid Halim Shah.