Dulu mana ada tali rapia. Yg ada tali pokok pisang, tali pokok bemban, tali pokok rotan dan tali pokok mempelas. Semua semulajadi. Org dulu2 dah amalkan 'hijau' lama dah. Tali bemban ni rasa2nya dah pupus. Budak2 bawah 30an rasanya tak akan kenal pon pokok bemban. Nak proses tali bemban ni bukan la susah sangat pon. Mula2 redah paya cari pokok bemban. Pilih yg dah matang. Potong hujung potong pangkal. Bawak bali ke rumah kalau nak selesa. Kalau rajin boleh saja proses situ jugak. Kalau yg agak besar tu belah 6..raut buang empulur (isi dlm batang yg lembut keputihan tu). Ambek kulit yg liat tu, gulung2 dan ikat. Kalau malas tak payah gulung pon tak pa. Bawa pi dlm bendang ka, alor ka...pijak bagi tenggelam dlm selut. Rendam situ sari dua. Tujuannya nak melembutkan tali bemban tu, kalau tak buat gitu bila semat atap, tali tu nak patah2. Jgn lupa bilas utk hilangkan busuk sebelom guna.
True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
boleh tanye,,kat mane ada banyak pokok bemban ni??
BalasPadamsaya sgt memerlukan kayu dy...tq
Tanpa Nama,
PadamDah sukar nak ada dah... kalau di Kedah dah banyak kawasan bemban dah ditebusguna...maaf, tidak dpt membantu dgn sempurna.