Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 20 Julai 2012

Tengok Anak Bulan Ramadhan

Tiap tahun nak posa, inilah kerja depa. Tengok anak bulan. Laani dah ada berbelas2 tempat tengok anak bulan. Mungkin seingat tuan2 dan puan yg beranak tahun 80an dan selepas, sekalipon tak pernah dengaq kata anak bulan tu nampak. Tapi tang isytihar nak posa tetap jalankan tugasnya jugak. Nampak tak nampak posa tetap ada. Seingat aku, sejak aku start posa sampai ke laani baru sekali saja ada pengumuman anak bulan nampak. Masa tu hanya tengok di Telok Kemang, Port Dickson saja. Tak tau laa pulak apa yg depa nampak bila depa tala teropong pi Pulau Sumatera tu waktu tu. Kalau depa nampak lampu di Pulau Sumatera tu depa kata anak bulan pon, kita terima sajalah...sebab depa yg tengok!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan