Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 8 Julai 2012

Sejarah Alor Setar- Ringkasan 6

Zaman DYMM Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I
Sultan Kedah ke-22. 1843-1854

1843 (10J/Akhir 1259)
Sultan Zainal Rashid I berangkat ke negeri Setul Mambang Segara kerana menziarahi jenazah Tunku Bisnu yg mangkat dan dikebumikan di Makam DiRaja Mambang  Segara.Tunku Muhamad Akib dilantik menjadi pemerintah Setul yg baru.

1851
J.R. Logan seorg peguam dan wartawan dr Singapura yg berasal dr Scotland telah tiba di Kuala Kedah pd 10 September. Beliau mencatatkan beberapa perkampungan di sepanjang sungai yg dimudikinya. Kampong yg pertama ialah Kampong Seberang nyonya yg mengandungi 15 rumah. Di bandar Alor Setar beliau tidak dpt menemui Sultan kerana baginda berada di Bukit Pinang utk menghindari penyakit cacar. Sebelum meninggalkan Kedah, J.R. Logan berpeluang melawat Makam diRaja Langgar dgn menaiki gajah yg dibekalkan oleh Sultan
Sedikit cerita ttg J.R Logan.
- Pada tahun 1847 di Singapura terbit sebuah majalah ilmiah tahunan, Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia (JIAEA), yang dikelola oleh James Richardson Logan ( 1819 – 1869 ), seorang Scotland yang meraih sarjana undang2 dari Universiti Edinburgh. 

1853
Sultan Zainal Rashid telah berangkat ke Pulau Pisang, ibu negeri Kubang Pasu DarulQiyam kerana menziarahi jenazah Tunku Anum yg mangkat pd 31 Mei. Dgn persetujuan baginda, Tunku Ishak iaitu cucunda Tunku Anum dilantik sebagai pemerintah Kubang Pasu yg baru.

13 Mac 1854
Sultan Zainal Rashid Mu'adzam Shah I mangkat di Istana Kota Setar dan digantikan putera sulungnya Tunku Ahmad Tajuddin.

Istana Kota Setar yg dibaik pulih dan dijadikan Muzium DiRaja.
Sejarah Alor Setar - Ringkasan 5 klik SINI , Ringkasan 7 SINI

2 ulasan:

  1. Saya kerap mengikuti rombongan sekolah ke Muzium DiRaja ni...Mengikut cerita pengawl disitu..setiap pagi katil tuanku di bilik sembahyang seringkali ada bekas seperti ada orang tidur disitu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yo ko?kawe tok cayo.ko pak gad tu hok gi tido?

      Padam