Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 2 Februari 2012

Sejarah Alor Setar - Ringkasan 2

Zaman DYMM Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah ke 26., 1943-1958.

 18 Oktober 1943
Empat buah negeri Melayu utara,... Kedah, Perlis, Kelantan dan Trengganu diletakkan dibawah pentadbiran tentera Thai yang berpusat di Alor Setar. Bagi Kedah dan Perlis, upacara penyerahan itu dijalankan di Padang Court yg dihadiri oleh DYMM Sultan Badlishah dan DYMM Syed Hamzah Jamalullail, Raja Perlis.

19 Oktober 1943
Pada hari ini bersamaan 19.10. 2603 (tahun Jepun) dan 19. 10. 2484 (tahun Siam), bermulalah pentadbiran tentera Siam di Kedah. Khon Pramot Chongcharem menjadi Gabenor. Negeri Kedah ditukar nama kepada Saiburi.

21 Julai 1945
Pertubuhan politik Melayu yg terawal di Kedah telah diluluskan pendaftarannya yg diberi nama SABERKAS atau 'Syarikat Bekerjasama Am Saiburi'. Setelah tamat perang Dunia Kedua, ianya bertukar nama penuhnya menjadi 'Sayang Akan Bangsa Ertinya Rela Korban Apa Saja' dan masih menggunakan singkatan SABERKAS. Antara penajanya ialah Ahmad Nordin Zain, Mohamad Jamil, Mohamad Khir Johari, Senu Abdul Rahman dan Wan Din Wan Hashim.

ahli j/k SABERKAS 1947
19 Januari 1946
Satu rapat umum seramai 50000 orang diadakan di Padang Court anjuran Persatuan Melayu Kedah menentang gagasan Malayan Union. Sepanduk yg menarik dibawa oleh kanak2 sekolah berbunyi ,"Wahai ibu bapaku, peliharalah hak2 kami sementara kami besar".

30 Mei 1946
Satu perhimpunan diadakan membantah lawatan utusan Parlimen British yg diwakili oleh Kapten L.D. Gammans (Parti Buruh) dan Left. Kernal Ress-Williams (Parti Konservatif).

10-12 Mei 1947
Mesyuarat Agung UMNO Malaya telah diadakan di Kedah bertempat di Balai Besar, A/Setar. DYMM Sultan Badlishah telah melakukan upacara perasmian pada 10 Mei 1947.
KDYM Sultan Badlishah sedang bertitah di Majlis Mesyuarat Agung UMNO Malaya. Di sebelahnya Datuk Onn Jaafar.
6 Ogos 1949
Istiadat pelantikan YTM Tunku Abdul halim sebagai Raja Muda Kedah dilangsungkan di Balai Besar.

6 Mac 1956
Perkahwinan diRaja, YTM Tunku  Sultan Abdul Halim dgn YTM Tunku Bahiyah. Perayaan di Alor Setar berlangsung berlangsung selama 3 hari, 19 - 21 Mac 1956.

13 Januari 1957
DYMM Sultan Badlishah telah meminda Perlembagaan Negeri Kedah tahun 1948 yg antara lain menghapuskan jawatan Penasihat British yg wujud di Kedah sejak Perjanjian Bangkok, 1909.

11 Julai 1958
DYMM Sultan Badlishah mangkat di Istana Anak Bukit. Sebelah paginya Baginda telah menurunkan tandatangan berkenaan pertukaran seorang pegawai Inggeris dan Baginda mangkat pd sebelah petangnya. Esoknya YTM Tuanku Abdul Halim diisytiharkan sebagai Sultan Kedah ke 27.

Surat pertukaran seorang pegawai Inggeris yg bertandatangan KDYM Sultan Badlishah. Baginda mangkat pada hari yg sama pada petangnya.


>>>>>..........ringkasan 3. Klik SINI
Utk lebih detail sila ke ringkasan 4. Klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan