Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Sabtu, 14 Julai 2012

Daun Masuk Neraka!


 
Nak cerita pasai daun..apa jenis daun pon kecuali daun terup. Daun ni macam manusia jugak kot. Mula2 sebelom dia bertunas tu, dia dok tang mana pon kita tak tau. Macam manusia jugak laa. Tak tau lagi dok dlm rahim sapa. Lepas tu dia mula bertunas, kecik ja..tak pandai jaga diri….macam baby! Lepas tu tunas tu mula besaq sikit jadi pucuk…pucuk muda. Lembut. Ulat pon suka. Urat daun pon masih belom timbul. Kalau yg boleh dimakan masa ni jadi ulam.  Macam manusia jugak…masa ni kira remaja la, sesetengah digelar pucukmuda jugak. Sebab tu sapa2 yg ada anak, masa ni kena jaga elok2…silap2 jadi ulam. Lepas tu daun ni mula tua, keras dan uratdaun pon mula timbul menjalar2. Masa ni ada nanti semut ka, labah2 ka..apa2 serangga yg tumpang teduh. Masa ni  ada jugak ulat yg nak makan.. Gigit sana gigit sini…macam2 kecacatan. Ada kecacatan masa pucuk lagi dan ada kecacatan bila dah tua. Kekal. Macam manusia jugak laa..urat pon dah mula timbul merata. Masa ni kalau manusia adalah jasanya. Adalah baktinya dan adalah kerenahnya..hahahahaha. Sampai musimnya daun ni kering, layu dan gugur. Yg jadi baja, bagus. Yg jadi sampah…kena BAKAR api! Manusia yg gugur jadi baja penuh dgn pahala, yg gugur jadi sampah…kena BAKAR api neraka!

2 ulasan:

  1. ..Baguih punyaa ceritaa naa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima Kasih WanBeruas...dok mai singgah! Tara tu sajalaa boleh habarq pi..

      Padam