Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 6 Julai 2012

Sejarah Alor Setar-Ringkasan 4

Zaman DYMM Sultan Badlishah, Sultan Kedah ke 26, 1943-1958. (Detailan dr Sejarah Alor Setar-Ringkasan 2)


DYMM Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah 

21 OGOS 1943
11 orang wartawan dari Syonan (S'pore) telah melawat Kedah. Mereka tiba dgn keretapi pd jam 6.00 petang dan disambut oleh Gabenor ( Mejar Jeneral Sukigawa Seichi) di rumah kediamannya. Esoknya mereka dibawa melawat ke Sekolah Perempuan Seberang Perak dan tertarik dgn kanak2 di situ yg boleh menyanyikan lagu2 Jepun dan berbahasa Jepun. Mereka juga sempat melawat Sekolah Latihan Tanaman Teluk Chengai, Sekolah Tenunan Kaum Puteri di Jalan Baharu dan Sekolah Arab.

18 OKTOBER 1943
4 buah negeri utara iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan trengganu diletakkan dibawah pentadbiran tentera Thai yg berpusat di Alor Setar. Bagi negeri Kedah dan Perlis, upacara penyerahan ini dilakukan di Padang Court yg dihadir oleh DYMM Sultan Badlishah dan DYMM Syed Hamzah Jamalullail, Raja Perlis.
19 OKTOBER 1943
Pd hari ini bersamaan 19.10.2603 (thn Jepun) dan 19.10. 2486 (thn Siam), bermulalah pentadbiran tentera Thai di Kedah. Khon Pramot Chongcharem menjadi Gabenor. Negeri Kedah ditukar kepada nama Saiburi.

21 JULAI 1945
Pertubuhan politik Mellayu terawal di Kedah telah diluluskan pendaftarannya yg diberi nama SABERKAS ( Syarikat Bekerjasama Am Saiburi). Setelah tamat perang Dunia ke 2, ianya bertukar nama penuhnya menjadi 'Sayang Akan Bangsa Ertinya Rela Korbankan Apa Saja' dam masih menggunakan nama singkatnya SABERKAS. Antara penajanya ialah Ahmad Nordin Zain, Mohamad Jamil, Mohamad khir Johari, Senu Abdul Rahman dan wan Din Wan Hashim.




19 JANUARi 1946
Satu perarakan raksasa dan rapat umum seramai 50 000 orang Melayu Kedah diadakan di Padang Court, Alor Setar anjuran Persatuan Melayu Kedah kerana menentang gagasan Malayan Union.
Tan Sri Khir Johari sedang berucap dlm rapat raksasa menentang Malayan Union

30 MEI 1946
Satu lagi perhimpunan diadakan di Padang Court  seramai 5000 orang utk menunjukkan protes orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union sempena lawatan MP British  yg diwakili oleh Kapten L. D. Gammans (ahli Parti Buruh) dan Left. Kernal Ress-Williams (ahli Parti Konservatif).

10-12 MEI 1947
Mesyuarat Agung UMNO telah diadakan di Kedah bertempat di Balai Besar. DYMM Sultan Badlishah telah melakukan upacara perasmian pd 10 Mei 1947.

Sultan Badlishah sedang bertitah di Majlis Mesyuarat Agung UMNO Malaya. Di sebelahnya Datuk Onn Jaafar

6 OGOS 1949
Istiadat pelantikan YTM Tunku Abdul Halim sebagai Raja Muda Kedah dilangsungkan di Balai Besar. Kedah.

6 MAC 1956
Perkahwinan YTM Tunku Abdul Halim dgn YTM Tunku Bahiyah ibni Tuanku Abdul Rahman berlangsung selama 3 hari dari 19 - 21 Mac 1956.

13 JANUARI 1957
DYMM Sultan Badlishah telah meminda perlembagaan Negeri Kedah tahun 1948 yg antara lain menghapuskan jawatan Penasihat British yg wujud sejak Perjanjian Bangkok 1909.

13 JULAI 1958
DYMM Sultan Badlishah mangkat di Istana Anak Bukit. Baginda menurunkan tandatangan di sebelah pagi di pejabat Baginda pada 12. Julai 1958 berkenaan pertukaran seorang pegawai Inggeris. Baginda mangkat pada hari yg sama pada petangnya. Pada esoknya 14 Julai 1958 YTM Tunku Abdul Halim diisytiharkan sebagai Sultan Kedah Darulaman ke 27.

KDYMM Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah di anjung Istana Anak Bukit selepas diisytiharkan sebagai Sultan Kedah yg ke 27 pada 14 Julai 1958.

ringkasan sejarah Alor Setar 3, klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan