Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Selasa, 31 Julai 2012

Pukul 4 dah berkira2 nak buka- Ramadhan 11

Nun dihujung sana Rumah MakSedara (Tam Siah). 
Rumah tu lah yg jadi sasaran masa bulan Ramadhan dulu.

Puasa dulu2...masa tu baru belajar puasa. Saat yg paling seronok dan teruja ialah bila menunggu masa berbuka. Dari jam empat lagi dah berkira2 nak makan apa buka puasa nanti. Asyik ke dapor saja...tengok mak masak. Tanya tu, tanya nih. Kadang2 buka periuk, kadang2 buka tudung saji. Macam tak sabar. Masa bulan Ramadhan ni lah nak makan dan nak minum sedap2 daripada biasa. Yang tak pernah mak buat pon, dalam Ramadhan ni mak akan usahakan jugak. Mak suka buat buah melaka kerana dia tau kami anak2 suka makan buah melaka. Kadang2 mak buat lebih sedikit daripada biasa. Yang lebihnya tu akan dihantar kepada jiran2 dan kakak2nya ( mak adalah anak bungsu dlm keluarga Tok Leman+ Siti Hawa (Solomon and Eve)). Petang2 begini kami adik beradik akan mengedarkan sepiring buah melaka tu..sambil lalu tepi pokok pisang, koyak daun pisang tu buat penutup.....dan hasilnya kami akan dapat makan kuih dan lauk2 lain yang dibalas jiran2....Sekarang mak masih buat buah melaka kalau anak2, menantu dan cucucicit balik berbuka ramai2.......

1 ulasan: