Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 19 Julai 2012

Idea Dungu Semut kepada Gajah Puteh 3


Salam Sejahtera Gajah Puteh,
Mohon diteruskan. Minta2 yg pandai jaga kereta, sampaikan nak makan pon kena berenti. Anak2 nak makan keropok pon kena marah kerana takutkan comot kereta agar pandai jugak menjaga kebersihan jalan raya. Tak pernahkah terserempak signboard JKR bertulis ' jgn membuang sampah di jalan raya' tu..atau memang dulu tak sempat nak masuk kelas dewasa. Tambah2 kalau musim buah. Setakat kulit kacang tu kira bolehlaa maaf. Kulit rambutan, manggis, langsat boleh laa terima lagi. Kalau kena kereta atau penunggang motor pon baru gatai2....Ini kulit durian pon terbang dari tingkap kereta. Kalau terkena penunggang motor boleh terbungkang dalam parit. Minta2 supaya tidak lagi berlaku pembuangan sampah dari kenderaan ke jalan raya. Kalau dah beres semua, signboard tu pon boleh jual kat kedai besi lusuh. Ada juga income!
Gajah Puteh, mohon dicadangkan!


Idea Dungu Semut kepada Gajah Puteh 2 SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan