Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 29 Julai 2012

Sembahyang Jumaat vs Sembahyang Tarawih- Ramadhan 10

Hari: Jumaat 27 Julai 
Tempat : Masjid sebuah Kariah dlm sebuah Daerah.
Situasi : Ketika Solat Jumaat

Kebetulan Jumaat kali ini dlm bulan Ramadhan. Dah seminggu dah umat Islam berpuasa.Tentunya di malam hari ada solat Tarawih. Dan semestinya jemaah2 dah terbiasa.

Hari ini Solat Jumaat. Yang lucunya bila tokbilal berselawat sampai di..."Allahumma Solli'ala Syaidina Muhamad..." Tiba2 terdengar satu suara keras di saf belakang menyahut..." SollAllah wa Sallimm Alaik,"..

Adakah jemaah tersebut sengaja atau memang dia terkejut dr jaga dan terus respon...atau saja buat lawak atau..........
Hanya dia dan Allah saja yg mengetahui

1 ulasan: