1797
Disebabkan baginda masih muda, Baginda dipangku oleh ayahnda saudaranya iaitu Tunku Dhiauddin yg bersemayam di Kota Indera kayanngan (Perlis) dgn memakai gelaran Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1797 - 1804).
1800
Sultan Dhiauddin (Pemangku Sultan) membenarkn Inggeris mengambil Seberang Perai. Perjanjian yg mengandungi 14 perkara itu ditandatangani pd 6 Jun 1800 (Rabu, 12 Muharram, 1215). Pembantu Gabenor, Sir George Leith mewakili pihak Inggeris sementara pihak Kedah diwakili oleh Hakim Ibrahim. Pada bahagian awalnya kedua pihak berjanji akan bersahabat baik di laut atau di darat 'selama dan selagi adalah bergerak dan bercahaya matahari dan bulan' (as long as the sun and moon retain their motion and splendour').
1801 - 1802
Geran pemilikan tanah paling awal dapat dikesan ialah bertarikh Isnin : 4 Safar 1216 ( 16 Jun 1801) utk daerah Sungai Baru, Gunong dan sepucuk lagi utk Kampung Padang Lalang, Alor Janggus yg bertarikh Ahad : 19 JamadilAkhir, 1217 (1802M). Kedua2nya mengandungi cap mohor Sultan Dhiauddin (Pemangku Sultan) dan Tunku Bisnu (Raja Muda).
1804 - 1808
Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II menaiki takhta secara rasmi pd 1804. Sengketa perebutan takhta antara saudara2 baginda sering berlaku tp dapat dipatahkan dgn campurtangan Siam pd Januari 1808. Satu pembahagian kuasa telah diputuskan dgn baginda terus menjadi Sultan, Tunku Ibrahim menjadi Raja Muda (berpusat di Kota Kuala Muda), dan Tunku Bisnu dilantik menjadi Raja Negeri Setul Mambang Segara.
1809 - 1810
Angkatan perang Kedah diminta membantu Siam menumpaskan pemberontakan Patani dan menentang pencerobohan tentera Burma di Salang (Phuket). Salang jatuh ke tangan Burma pd 9 zulhijjah 1224 (1809M).
1818
Siam sekali lagi meminta bantuan Kedah dgn tekanan menyerang Perak dan Perak dikalahkan pd bulan September dan terpaksa mengakui ketuanan Siam.
November 1821
Angkatan perang Ligur/Siam menyerang Kota Kuala Muda dan Alor Setar. Sultan Ahmad Tajuddin yg berada di Pulau Tiga, Kuala Muda berjaya menyelamatkan diri ke Pulau Pinang. Berlakul12ah penghijrahan beramai2 ke Seberang Prai krn tidak sanggup menderita dibawah belenggu musuh. Tentera Ligur menjadikan Kota Kuala Muda dan Alor Ganu sebagai pusat pentadbiran dan pertahanannya. Alor Setar tinggal terbiar selama hampir 50tahun.
1824
John Anderson yg pernah berkhidmat di Pulau Pinang sebagai penulis dan penterjemah Bahasa Melayu telah mencatatkan sebelum serangan Siam ke Kedah (1821), jumlah rumah kediaman di Alor Setar ditaksirkan sebanyak 2000 buah.
Ditempat2 lain dicatatkan; Mempelam 20, Mergong, Gg. Sali dan Batin 70, Telok Yan 10, Kancut dan Lubok Peringgi masing2 10, Alor Raja 30, Alor Semadun 20, Alor Merah, Suka Menanti dan Anak Bukit 300, Pumpong 40, Titi Gajah dan Tokama masing2 10, Padang Saujana 100, Akar Peluru 20, Ganding 22, Pengkalan Kundor, Tg. Misri dan Gerigis masing2 10, Derga dan Titi Siam 100, Alor Malai dan Hutan Pulai masing2 20, Tajar 40, Pagar Air 80, Kubang Buaya 10, Pangkalan Macang, Limbong, Pengkalan TokMea dan Alor Betangar 500, Terong Asam 20, Lepai 40, Pagkalan Gajah Mati 200 dan Kg. Saplu 10.
20 Januari 1826
Persetiaan Burney dimaterai diBangkok di antara Kerajaan British dan Siam. Menurut Artikel 13, Inggeris berjanji tidak akan membenarkan sebarang gerakan atau serangan dr luar yg akan mengancam Siam di Kedah, disamping mereka tidak boleh lagi melindungi Sultan Ahmad Tajuddin yg berada di Pulau Pinang. Sejak itu Inggeris mula melakukan rondaan sepanjang pantai Kedah. Kapal yg lengkap bermeriam dikirim ke kawasan tersebut., antaranya spt; Hyacinth, Diamond, Pearl, Emerald, Wolf, Crocodile, Diana dan Zephyr.
1829 - 1831
Tunku Kudin ( Syed Zainal Abidin) merupakan wira Diraja Kedah pertama memimpin satu pasukan seramai 5000 perajurit Melayu membuat serangan mengejut utk merampas kembali Kota KualaKedah dari Siam tetapi gagal. Percubaannya yg kedua telah berjaya. Kota itu dpt diduduki kembali pada 24 April 1831. Tetapi setelah 5 bulan bertahan, mereka telah dikepung selama beberapa bulan oleh tentera Siam yg didatangkan dari Ligor. Tunku Kudin yg kehabisan makanan akhirnya terkorban bersama2 dgn pengikutnya yg setia.
1831 - 1836
Setelah 5 tahun Persetiaan Burney ditandatangani, barulah pihak Inggeris berupaya memint Sultan Ahmad Tajuddin meninggalkan Pulau Pinang dan tinggal di Melaka. Baginda akhirnya mendpt simpati drp Melayu Siak dan Beruas. Dlm tahun 1836, Baginda berjaya menyiapkan angkatan tentera di Beruas utk melakukan serangan terhadap Siam di Kedah. Kerajaan Inggeris mengetahui rancangan Baginda dan segera menghantar Kapten McCreagh ke Beruas dan menghantar semula Baginda ke Melaka.
Tunku Muhammad Saad, seorang lagi wira diRaja Kedah telah berjaya mengumpulkan hampir 10 000 penyokongnya dan melancarkan serangan mengejut dan berjaya menawan Kota Kuala Kedah, Alor Setar dan Alor Ganu. Tentera Ligor dpt diundurkan dr Kedah pd 1838. Angkatan itu kemudiannya mara lagi ke utara dan berjaya menawan beberapa daerah di selatan Thai spt Terang, Singgora dan beberapa kawasan Patani. Tetapi pd bulan Februari 1839, angkatan Siam yg lebih ramai bilangannya berjaya menyekat kemaraan angkatan Tunku Muhammad Saad. Mereka dpt diundurkan dan Siam berjaya menduduki semula Kedah. Tunku Muhammad Saad berjaya menyelamatkan diri ke Pulau Pinang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan