Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 13 Julai 2012

KASUT KAKI AYAM


 

Jumaat di sebuah masjid
Perkara tak elok yang berlaku di tempat elok yg jemaah masjid dok selalu sembangkan ialah kehilangan kasut (selipar). Mungkin memang hilang, mungkin tertukar dan mungkin juga pelupa. Untuk kesekian kalinya perkara ini berlaku lagi pada aku. Lepas habis semua ritual wajib dan sikit sunat2 tu..aku pon terus keluar. Tak banyak dah kasut yg tinggal. Bersepah2 kasut kena pijak dan kena kais. TIDAK ADA? Aku cari hujung ke hujung tangga tak jumpa pon.
“LiMehad, buat apa, cari sapa?”..Sapa beberapa kawan.”kasut, tang mana pi tak tau.”
“Cikgu, cari apa?” Sapa beberapa anakmurid. “Kasut!” ..
“Cikgu letak mana?” “Depan ni.”
Terpaksa aku tunggu hingga habis jemaah untuk menunggu kalau2 ada kasut yg lebih untuk aku pinjamkan. Lama jugak aku tunggu, nasib ada kawan yg layan sembang2 dulu sambil aku tinjau2 tangga tengah dgn tangga dekat kolah tu. Akhirnya…
Tu dia, ada sepasang kasut yg tertinggal di pintu dekat kolah. Aku pi tengok.
Laa…KASUT AKU! Akukah yg pelupa pintu masuk atau kasut tu pi ambek ayaq semayang? ( Dulu pernah berlaku dah…pakai kasut lain, dok pi cari kasut lain..lama jugak baru teringat, tu pon anak yg tegur. “abah cari apa?, tu selipar abah!”… Padahal tak ubah pi mana pon selipar tu).

1 ulasan: