Musim Hujan atau Musim masuk air ke bendang. Masa tu bendang akan melimpah dgn air yg melaut. Sebelum dibajak, sempat laa kami anak2 bendang berkubang. Macam2 permainan yg direka utk dimainkan dlm air bendang nih. Salah satunya Bot Pelepah Pisang, apa2 saja pisang boleh buat bot ni termasuklah pisang 'awak'...! Nak buat bot ni tidak laa sesusah Pak Brahim Pulau Kambing di Ganu nun. Apa yg perlu ialah sebatang pelepah pisang agak2 10 inci (20cm) dan getah ikat barang..Pelepah tu potong kepada 2 bahagian iaitu 8 inci dan 2 inci. Yang 8 inci tu di lipat menjadi spt huruf V utk badan bot dan yg satu lagi tu buat macam bilah kipas. Pintallah bilah kipas tu dgn getah tu....Lebih mudah, tengok gambar. Dah siap carilah tempat ada air utk lepaskan bot anda...dlm kolah pon boleh!
True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan