Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 26 Disember 2011

Telanjang 11~di RnR PlusXpress


Hari : Rabu 21 Dec. 2011
Waktu :  10.25 am
Lokasi :  RnR PlusXpress
Perihal : Perjalanan menuju ke destinasi ziarah makpak di kampong. Singgah di RnR kerana anak nak buang air. Oleh sebab nak singgah buang air saja maka aku pon park laa keta paling hampir dgn tangga turun ke RnR tu. Park pon belakang keta orang lain saja. Aku tunggu dlm keta sementara  anak turun ke tandas. Selalunya lot parking paling hampir tangga/lorong ke RnR adalah untuk OKU. Lot tu memang kosong. Aku dok melengung dlm keta tunggu anak. Tiba2 masuk satu keta park di petak OKU. Mencakaq jugak bunyi break. Turun dua anak muda 1Malaysia. Laa…apa pulak kategori OKU 2 mamat 1Malaysia ni. Sorang yg turun sebelah kiri bercakap dengan telefon dan pemandunya nampak sihat bugaq saja. Tak tau laa pulak kalau dia bisu. Nasib baik selama aku tunggu anak dan sampai kami belah takdak OKU yg nak park disitu pon…Mamat 2 orang ni OKU jenis apa? Sapa tau….?
(Telanjang di sini bermaksud 'membuka/mendedahkan segala-gala untuk pengetahuan orang lain' sebagai panduan hidup)

Ahad, 25 Disember 2011

Tuba ikan Sg Perak

Dulu aktviti menuba ikan di Sungai Perak macam pesta air sahaja. Ketua pelapisnya ialah Cikgu Azman yang mengajar di SK Air Mati. Orang kampung yang turut serta pakat-pakat bayar RM15 sebuah sampan.Akar tuba dibeli dari pekebun sayur Cina di Kampung Timah, Tanjung Tualang. Akarnya diketuk-ketuk di bawah rumah Pak Daud Wan Saedah. Waktu 12 tgh mlam, pergilah ramai-ramai di olak Sungai Perak berhadapan kuala Sungai Budiman. Tok Gedin bacalah mentera minta keizinan hantu air. Akar tuba mengeluarkan warna putih dan tenggelam di kawasan olak.Banyaklah ikan timbul sesak nafas. Kini,bila berkursus di hotel dan mandi kolam, kengkawan panggil aku hantu air ... pantang jumpa kolam.

Sabtu, 24 Disember 2011

Misteri Wok anak Yah Ngah Penghulu Hamid hilang.

Misteri Wok anak Yah Ngah Penghulu Hamid hilang. Umurnya lebih kurang 13 tahun tapi akal kurang. Ramailah bomoh, pawang djemput . Pemuda kampung ketuk kerontong buluh, masuk hutan kut-kut sesat di hutan.Upacara hanyutkan Ancak di tebing Sungai Perak, tebing Pak Lontok kerana di situ ada pokok rambung jejawi besar. Ada bomoh yang kata , dia berada di Mekah. Yah Ngah dua kali ke Mekah.....

Silat Nasrul-Haq

1978: ada gelanggang silat Nasrul Haq di Kampung Setia, Kampung Gajah. Mahaguru silat ajar pelbagai jurus , musuh terpelanting ke belakang tanpa disentuh - macam ultraman aje. Ketua Nasrul Haq ini ialah Datuk Abdul Samad Idris, bekas timbalan menteri belia dan bekas 'ketua pemuda' UMNO dari Seri Menanti , N9.Kat luar gelanggang, tak jadi pulak jurus-jurus 'ultra man' tersebut. Agaknya silat ini ada pengaruh ultraman - yang anak aku suka tu.

BM dpt D

1979:Cikgu Alwiyah ajar BM beri markah D kertas BM pertengahan tahun. Mungkin kerana ada adegan 'ranjang' dalam cerpen yang aku tulis. Terbawa-bawa dari buku-buku lucah yang pernah aku baca. Malu betul rasanye. Sekarang aku ajar BM . ha ha. Tak pernah jumpa adegan gitu dalam karangan mereka.

Cg. Karia

Cikgu Karia asal Kedah ajar Sejarah. Aku pernah tumpang motosikalnya dari Pulau Besar ke SMDSML Kampung Gajah kerana bas Mat Sato tak muncul-muncul. Dia naik angin apabila nota Sejarah ramalan yang ditampal , muridnya conteng 'tak guna, tak payah, tak keluar ' . Dia kumpulkan semua pelajar lelaki 5B dan ketuk kepala dengan buku, kecuali aku dan Mat Rodzi (cikgu).

Jumaat, 23 Disember 2011

Cerita exsmdso 47...Moha Raziff

 Cerita exsmdso 47 drp 50
Lan Siam,
citer hg pasai Lut nyanyi Negaraku tu waktu Form 4…aku dah jd pengawas (Asri pekena Cikgu Zainol Rashid suruh ambil aku jd pengawas…hebat cikgu pun dia pekena). Lut memang brutal…dan memang gentlemen, pasai kalau dia tak mengaku, semua kena tahar kat perhimpunan tu…tp tak kena penampar…dia kata ‘sabar cikgu sabar cikgu’, Cuma kena lari 8 round padang bola x silap aku.

Mat Wie,
Citer hg berkenaan Kevin Keegan…kalau x silap aku nama dia Kevin Veelayuthan. Aku sempat dengan dia ni waktu Tingkatan 6 Rendah. Masa tu yg masuk Tingkatan 6 Rendah…Mat Wie, Cik E (Leh D’Nero), Jamal, Jai Beleh, Ganesan, Azim (Avtar Singh) & Kevin. Yang lain aku dah x ingat. Waktu minggu Orientasi…senior suruh kami buat macam-macam. Kevin ni kena buat bunyi ayam jantan berkokok. Hangpa tau dia jawab apa dengan slang dia, telo dia, slow dia…AYAM SAYA TAA DAAK KOKOK…senior tak terkata apa-apa dgn mamat ni. Tapi Alhamdulillah syukur bila dengar Mat Wie kt dia dah masuk ISLAM.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita asal : En. Moha Raziff. EmSea Marketing.

Cerita exsmdso 46~SUKAR?....NO


Cerita exsmdso 46 drp 50
SUKAR?...NO  
masa tingkatan 1 A
cikgu pompuan ajaq kita kesihatan
nama aku lupa ...
dia tak berapa sihat mental  
selalu bagi soalan mudah-mudah lepas tu
sapa kena bagi hadiah
kekadang dia bagi duit
lepas dia lega dia bagi bunga telur
kat pelajar

lagi sorang cikgu mad bahrin
awai-awai masuk kelas siap warning aku
jangan dok menyampuk bila dia mengajar
dia habaq abang aku dah kena dengan dia
pasai penyampuk ketika dia mengajar
al fatihah untuk cikgu kita nie

lagi sorang
cikgu chew ..... tingkatan 3C
ajar sejarah .... tulis memanjang
penuh papan hitam

tapi lagi power ali kasim
siap ada mentera bila cikgu pompuan mengajar
guna lada hitam ....
bagi dok tak diam
aku tak berapa ngeti
mentera depa
lie mehat tau kut
peturun ilmu ....

lagi satu cikgu matematik
pompuan .... lupa nama
sama dengan suami dia ajaq matematik

tak lupa
P + N
ada yang dok suruh dia ulang 4 5 kali
jangan sebut selalu


cikgu ... spy din - al fatihah ( dah meninggal)
baca satu muka faham 4 muka surat
siap uniform polis kadet dalam kereta
kacau cik putih.... maaf cikgu
anakmurid dok pengati juga

la nie
aku pun jadi cikgu
SEKOLAH MENENGAH HUTAN KAMPONG
GURU KEMAHIRAN HIDUP
terima kasih
cikgu pak syaid ajaq seni perusahaan
boleh belajar bawa jeep tengah padang sekolah
cikgu tong ... ajaq enjin
cikgu sanusi
cikgu onwi ... la nie isteri dia mengajar dengan aku cikgu nasirah
dia s/u panitia kh daerah aku Ajk bawah dia

cikgu yelow.....baju bawah ketiak warna kuning
lupa nama...

maaf cikgu bukan nak merendah
cuma nak ingat jasa kalian
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asai : Cikgu Sukarno. PAKSI Kedah.

Rabu, 21 Disember 2011

SBPA - 'Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam'

Satu lagi perkara yang aku nampak masih ramai keliru adalah tentang umur persaraan paksa 60 tahun...opsyen SBPA dan umur persaraan paksa tu sebenarnya dua opsyen yang berlainan...kalau hangpa semua nak pilih SBPA tapi tak mau pilih opsyen 60 tahun pun tak pa... 

Salah Faham Yang Kedua:
"...tak sanggup la nak ambik SBPA...tak sanggup kena bersara umur 60 tahun tu...mampuih nak kerja time tu...dah tak larat dah..lagipun kalau nak pencen pilihan...jenuh nak tunggu sampai umur 60 tahun baru nak dapat pencen..."

Komen Aku :
Macam aku sebut kat atas...kalau terima SBPA tapi tolak umur persaraan paksa 60 tahun tu pun takpa...tu bagi sapa-sapa yang rasa nak kerja lama ja..dah kerja sampai 56 atau 58 tahun tapi  rasa tak mau berenti kerja lagi...so boleh la sambung kerja lagi tapi takat umur 60 tahun je la...lepas tu wajib kena berenti dari perkhidmatan awam...yg dah tak larat tu, berenti saja laa lepas 56 tu tapi tak la boleh lebih 60 jugak laa.

Satu perkara penting perlu diingatkan...kalau pilih terima umur 60 tahun tu pun... bukan bermakna  wajib kena kerja sampai umur 60 tahun baru boleh berenti kerja...boleh berenti awal ambil bersara pilihan...tapi nak bersara pilihan pun kena la lepas umur 55 tahun...sebab:

96. Pegawai yang dilantik pada atau selepas 12 April 1991 dan kemudiannya bersara pilihan  akan dibayar pencen apabila mencapai umur 55 tahun. 

Sebab tu la aku kata SBPA ni baguih dok ada...kalau macam SSM sekarang ni...katakanlah hangpa sekarang opsyen bersara paksa umur 58...kalau nak bersara pilihan umur 55 tahun...hangpa cuma akan dibayar ganjaran dan gantian cuti rehat ja masa 55 tu...kena tunggu sampai umur 58 tahun baru pencen bulanan tu akan mula dibayar...kes 'naya' tu...so dalam SBPA ni memang lebih 'adil' untuk penjawat awam yang berhajat untuk berhenti awal dari perkhidmatan awam.

Penting untuk hangpa faham...walaupun hangpa menolak opsyen SBPA dan persaraan paksa 60 tahun pun...pembayaran pencen diawalkan ke umur 55 tahun tu tetap hangpa akan dapat jugak..so tak payah la dok kalut..kalau memang hangpa dah nekad nak tolak SBPA ni atas sebab-sebab tertentu...teruskanlah niat anda itu..hangpa tetap dapat 'faedah' tu...tapi bagi pendapat peribadi aku..lebih baik terima ja SBPA ni!

Jumaat, 16 Disember 2011

SBPA - Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam


Ramai sangat yg risau dan keliru ttg SBPA....apa yg dirisaukan? Kebanyakannya berkisar ttg exit policy, LNPT, Kenaikan Gaji Tahunan, Jadual Gaji Sebaris yg belom ditunjukkan, bersara paksa 60 tahun, Senioriti   penjawat awam drp Gred yg telah dijumudkan....banyak lagi lah yg kalau nak tulis mungkin semua terma yg ditawarkan tu jadi tak sesuai la pulak. Bab exit policy tu bagus utk menyingkirkan mereka yg sering tumpang utk memberatkan muatan saja . Aku khuatir ramai yg risau dan keliru ni memang ada masalah sana sini. Yg paling mereka risau adalah penilaian drp bigboss pd setiap hujung tahun...(kelemahan pentadbiran)....mungkin mereka ada sejarah pahit. Kepada yg tekun dan ikhlas....percayalah kepada usaha dan kerjabuat kita. Tidak ada apa yg perlu dirisaukan. Ada rezeki masing2.

Khamis, 15 Disember 2011

Cerita exsmdso 45~Belajar mengeja

45 drp 50 cerita. 
SMDSO~Belajar mengeja..
Aku (ana) nak cerita mula-mula aku mai sekolah pekan. Aku pada mulanya belajag dekat SMK Gurun di tingkatan 1. Sekolah tu ramai pelajar Cina dan India. Pelajar Cina ni semuanya umur lebih tua drpd budak Melayu krn depa ni kena kelas remove dulu. Aku masih ingat lagi, minggu pertama dah kena rotan krn cakap melayu masa waktu BI. Sekolah tu macam international school krn budak India dan Cina semuanya speaking. Kita dr sekolah kampong mana la nak tau sangat. Merangkak mcm kora bau saja kalau nak cakap. Oleh sebab tu lah aku minta mengaji di Alor Setar pasai cikgu BI nya garang. Perkara yang aku tak boleh ingat bila hari nyanyi lagu negara ku . Nyanyiannya bertabur dan nadanya pun macam Cina ,India masuk Melayu.
Alkisah setelah permohonan masuk SMDSO diterima , aku diminta mendaftar diri. Tarikh tak ingat lagi , tapi aku masuk lewat. Selepas mendaftar diri aku ditempatkan dalam kelas 1 K. Bersama dengan aku ada lagi sorang budak baru iaitu Mad Nan. Kami dua-dua orang ni pada mulanya tak kisah la dok kelas 1K sebab tak tau apa-apa lg.
Hari pertama aku ditempatkan dalam kelas 1K aku dan Md Nan terkejut beruk kerana ada seorang cikgu masuk mengajar, dia tulis di papan hitam perkataan ’CUCI’ dan setiap pelajar diminta mengejanya. Bermula saat itu aku mula pikiaq, aku ni silap masuk sekolah ka, sekolah menengah ka sekolah rendah. Kalau di SM Gurun aku rasa tertekan pasai ramai pelajarnya mampu berbahasa Inggeris tapi di sekolah ni aku rasa macam masuk tadika. Bermula dari hari itu aku dan Md Nan mulalah mencari cikgu Mad Man (aruah dah) minta nak ambil periksa untuk penempatan kelas. Semua pelajar lain telah ambil periksa untuk penempatan kelas. Pada mulanya Mad Man tak mau layan kami, dia kata kalau hang pa pandai tahun depan kalau periksa akhir tahun baguih hang pa boleh naik kelas. Oleh krn tu kami terpaksa balik semula ke kelas 1K. Aku dan Md Nan kata kalau kita dok kelas ni, no 1 dan no 2 dah tentu kita yang punya. Hari kedua pi jumpa pula cikgu Mad Man minta ambil periksa lagi tapi dia masih lagi tak layan. Dia tanya macam-macam soalan. Dia tanya kami dari mana, sekolah mana dan anak siapa. Rupa-rupanya Mad Man ni kenai ayah aku bila aku cerita aku ni asai orang Sg. Limau Dalam (MB la ni orang kampung aku la) cuma dia tak bagitau dekat aku la.
Hari ketiga kami pi jumpa lagi. Pada mualanya cikgu Mad Man ni marah-marah pasai kami ni jenis ketegaq. Hari tu sambil dia mengomel dia capai dua set soalan dan bagi kat kami berdua menjawabnya. Apa lagi kami pun jawablah. Lepaih tu dia terus periksa khetaih kami dan bagi markah. Akhirnya dia tetapkan aku ke kelas Tingkatan 1A , dan Mad Nan pi kelas 1 C (kalau tak silap aku) . Aku dan Mad Nan terpaksalah berpisah. Bermula hari tu aku dok kelas 1A, dan cuba menyesuaikan diri pula. Persepsi aku masa tu, barulah terasa yang belajag di sekolah menengah pasai aku tak lagi di ajar mengeja. Bermula juga hari tu aku mula mengenali kawan-kawan yang nama nya Moha , Art, Asri, Bambai dan ramai lagi yang aku tak larat nak tulis disini.

Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asai: Cikgu Halim Pak Aji. Terima kasih kongsi sini.

Rabu, 14 Disember 2011

Telanjang~Malu aih!

Hari : Rabu, 7 Dis 2011
Waktu :  8.30am-12.45pm
Lokasi :  Dewan TAR
Perihal : Taklimat SPR


Aku kena marah dgn kekawan yg sama2 pi taklimat bila nak buat claim. Depa marah bila depa minta aku buat claim macam depa. Kalau sesat dlm 1 ke 2 km aku kata boleh jugak laa...ini sesat dekat2  20Km pergi balik. Aku kata aku claim ikut jarak yg speedometer keta aku tunjuk tu saja. Banyak mana dapat, banyak tu saja laa....depa kata SPR makan lagi banyak! Laa....masa orang, marah bukan main, bila sampai peluang kat dia...buat2 lupa pulak. (mungkin taya kancil kecik kot no....)
(Telanjang di sini bermaksud 'membuka/mendedahkan segala-gala untuk pengetahuan orang lain' sebagai panduan hidup)

Selasa, 13 Disember 2011

sebab2 yg buat orangtua marah

Aku dulu selalu kena marah dan kena jege dgn Pak. Ada banyak sebab aku selalu kena jege atau kena marah. Tapi yg aku ingat yg kerap aku dok kena ada 3 benda aku buat. Selalu silap buat benda2 nih laa yg selalu kena marah.

  1. Dulu setiap rumah ada bekas pinang. Org dulu bila mai rumah Pak selalu makan pinang. Bekas pinang ni Pak buat cantik dan berukir. Bila lepas kawan2 dia balik, bekas pinang ni selalunya tak dan nak letak tepi....dok tengah rumah tu la.
  2. Dulu tetamu kalau singgah selalu minta air sejuk. Air sejuk ni di hidang dalam gelas, ada gelas kaca dan ada gelas drp tembaga.Tak macam laa..ada macam2 brand yg tahan pecah. Dulu kalu gelas/cawan kaca tu tergolek pon dah pecah....kalau mak tak dan kemas, lepas kawan Pak balik dok tengah beranda tu laa.
  3. Dulu mana ada api elektrik. Pakai pelita minyak saja...ada yg beli dan ada yg buat sendiri. Pak selalu pesan, dah padam pi letak tempat dia....kami ni kadang2 lalai....letak ikot dan saja.
Aku suka sangat berlari dlm rumah....dan selalunya aku tersepak benda2 ni laa....kalau bekas pinang, berterabur isi perut. Kalau gelas air tu gerenti pecah....dan yg beratnya bila pelita minyak tu kena sepak....habis tumpah minyak. Dan perkataan Pak ialah,"mata tak tengok ka".....tak kena libas di kaki, bedebab di belakang......

Isnin, 12 Disember 2011

Cerita exsmdso 44~ Jumpa kawan lama

Cerita exsmdso 44 drp 50
 
Gambar hiasan
Kemarin lepaih tulih cerita mona gersang tu, aku pun balik la dari opis, singgah sat boh minyak kreta kat mobil depan menara telekom tu,lepaih tu mula la merayap pelan2 kona kut jalan telok wanjah nak balik umah...bila sampai dekat depan bangunan Perkeso tu jengok pi la kot2 kawan kita Izham Khalil ada...tut2 tengok nampak macam kelibat dia dok ada depan pejabat tu,...pusing balik kat round about telok wanjah mai kat dia..perati dia dari dalam kreta...dia pun tak perasan ...aku pun mati injin kreta turun pi bagi salam, dia jawab salam aku...tapi aku tak berani nak kata betoi ka dia atau silap orang..jadi aku tanya nama dia dulu la..dia tak habaq tapi dia tanya aku pula ni Jamal ka...bila dia tanya gitu aku rasa sahla dia..pasai dia pun tau nama aku....gitulah bila dah lama tak jumpa...rupa nampak lain...lepaih tu aku ajak dia pi pekena teh tarik dulu la kat pokok ceri.....sambil tu aku call moha kut2 dia free tapi dia dok tunggu cikgu sukarno nak bagi roselle...so kami sembang la cerita2 lama tanya habaq hang aku dan la sampai dekat nak maghrib...
Dia masih dok teringat kawan2 lama lagi, dia tanya Pak Ya, Haris, Mail Zakaria, Mat Wi, Mat Khir Brahim,Tuan Asri kita, Asri Mat Zain dll la....dia ada crita juga kata masa dia koma kena masuk hospital dulu tu pasai paru2 bengkak, Dr Shaltut selalu dok mai jengok dia...take care kawan2, sampai staff nurse tu tanya camna u boleh kenai dengan boss depa tu, dia kata kawan sekolah la,...aku respect Dr kita ni pasai dia tak kira sapa,..teringat aku macam moha kata Dr kita ni kalu bukan pasai nak tolong anak bangsa dan kalu nak kaya dah lama dah dia tinggai hospital kejaan tu pasai offer dari luaq lagi baguih..teruih kan Dr, semoga ianya diambil kira oleh Allah SWT jua...
Aku habaq kat dia kata kita mungkin jumpa raya cina ni, kalu ada kelapangan tu mai la pokok ceri..tapi kena conform dengan setiausaha dan pengerusi dulu la..
Dia pun crita kata Man Salim rajin la jumpa dia dulu pasai ofis dekat, selalu juga man salim call dia ajak pekena teh tarik tapi lani sejak pindah opis tu jarang2 juga la jumpa...,ada sekali dia kata jumpa Apek masa tu apek nak pi LIMA langkawi, mula tu tak kenai juga tapi bila pakat2 perati perasan la kekawan lama ni....
Dia lani dok kat kawasan umah aku juga ,dia kata batu 3, jalan langgar...aku tekejut juga pasai tu kawasan umah aku tapi tak pernah jumpa..aku tanya tang mana...dia kata dia beli umah kat Taman Setia Jaya....kira satu kariah la..tapi tak pernah jumpa atau jumpa tapi tak cam..
Tengok jam dah dekat nak maghrib kami pun belah la,aku pi antaq dia balik kat bangunan Pekeso dan teruih balik....tapi dalam hati rasa puas juga dapat jumpa kawan2 lama yang lama tak jumpa...semoga hubungan silaturrahim ini dapat berkekalan dan dikira disisi Allah SWT....
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asai: Ir. Jamal Nasir

Ahad, 11 Disember 2011

Cerita exsmdso 43~"awek cina tepi sungai"

 
Gambar hiasan.
Hang betoi la Lan,Jamal tu bukannya apa, terkena badi mona gersang la tu. Pasal mona ni terkenanglah aku kisah dulu-dulu. Bukannya apa bila cuti sekolah saja aku dengan fandi selalu pi pekan langgar kat rumah tuan presiden kita. Bila sampai sana selalunya pot yang menjadi kegemaran adalah rumah tok dia pasal rumah tu kosong. Nak tenangkan fikiran apa lagi, kami kerabat la dapur tok dia tu pasal semua stok ada kat situ. Selepas mentelaah lebih kurang tension pun kuranglah. La ni kalau pi pekan langgar teringat kenangan lalu dengan peristiwa rumah tok presiden, rumah awek cina tepi sungai dan kisah merayau-rayau dalam makam diraja dengan Lut. Aku kadang-kadang kesian juga dengan nasib sahabat kita. Bukhari yang macam tu semoga Allah dapat menyembuhkannya. Jamal, teringat pulak pasal team Spurs masa tingkatan 2. Masa tu kiranya team lain tak berani lawan dengan kita.Yang aku masih ingat bola yang kita main tu selalunya ambil dari bilik sukan pada permulaan sekolah dan dihantar balik bila habis tahun. Bila habis main saja bola terus ditendang kedalam rumput yang panjang untuk disimpan bagi permainan seterusnya. Jamal hang mungkin tak tau kami ada tubuh satu team iaitu "Black Power"untuk main diluar sekolah pada masa tu kerana pada masa tu selalu diadakan pertandingan enam sebelah. Antara yang ada dalam team tu aku, fandi, apek dan tiga orang lagi yang aku lupa. Kalau pasal cerita apek ni aku teringat macam mana aku kena kelentong orang tua dia bila nak ajak apek main bola. Kadang-kadang tu bila keluar pakai kain pelikat saja tapi dalamnya dah siap semua untuk main bola. Apek kalau hang tengok tulisan ni aku mohon maaf la akan kesalahan aku yang lalu pasal masa tu kita masih budak lagi.
Walau apa pun, inilah perjalanan hidup yang mematangkan kita, menjadikan kita lebih dewasa. Berubah kepada yang lebih baik.
Cerita Asai: Yahaya Abd. Rahman.. Bertam, S/Perai