Awak rajin pi shopping? Selalu shopping barang basah utk dapor awak di mana? Sekarang sangat banyak pilihan. Awak pilih saja. Dari petak2 di Pasar Hyper yg sayup mata menjeling, pasar basah yg hanyir, pasar2 malam atau pekan sehari yg hapak atau sedia menunggu di jeti ikan kuala2 sungai. Apa pilihan awak? Kalau awak tiada pilihan, saya pilihkan utk awak, boleh? Sebelom tu mari lihat dulu siapa yg berniaga tu..kalau Hypermarket tu dah tentu tokehnya dah tidur berbalut wang, cawangan seantero dunia. Pasar basah pon kebanyakan tokehnya berjaya, dah ada lori dan kereta berjenama. Cuba jengok makcik bersila pasar malam atau pekan sehari yg bersila simpuh tu. Sekeliling hanya beberapa ikat kangkung dan ulam2an kampung, termasuklah jering cambah, cabai burung, seikat dua pucuk kaduk, satu dua jantung pisang. Ada keperluan untuk awak beli. Belilah pada peniaga silasimpuh ni yg mungkin menggantikan suami mencari nafkah. Dgn duit awak tu lah mungkin nanti akan ditukarkan menjadi beras sesuap utk anak2. Mungkin sebotol ubat utk sang suami yg menderita di rumah. Bukan si tokeh hypermarket yg menggunakan wang awak utk melancong dan menukar kereta mewah! Setuju sajalah kalau itu pilihan saya utk awak!
True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan