Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 11 Jun 2012

Pemikiran Materialistik Golongan Pekerja

Tuntutan dunia sekarang merubah manusia lebih bersikap materialistik. Mengejar wang ringgit demi untuk menjalani kehidupan selesa yg sudah tentulah lebih ke arah keselesaan berbentuk materialistik juga. Maka sesuatu yg tidak mengejutkan apabila ada antara kita sebagai pekerja lebih mementingkan gaji berbanding mengutamakan kepuasan bekerja.










Justeru, tidak menghairankan, seringkali kita mendengar pekerja yg sanggup bekerja sampingan demi wang ringgit berbanding melakukan kerja hakiki dgn sepenuh hati. Mereka sanggup berebut2 sesama sendiri  sebarang kerja sampingan berbanding kerja hakiki mereka yg sememangnya dibayar secara bulanan.
Bagi mereka, apalah gunanya bekerja lebih bagi tugas hakiki sedangkan gaji sama sahaja dibayar. Lebih elok bekerja lebih untuk perkara2 lain yg bukan tugas hakiki mereka. Kononnya dgn cara ini mereka bijak menggunakan peluang sedia ada dgn memerah keringat utk tugasan berbayar, walhal tugasan tersebut bukanlah tugas hakiki.

1 ulasan: