Berhubung lagi dgn aktiviti lepak malam selepas tarawih dulu. Lepak malam yg berlanjutan sampai ke sahur ni mungkin satu yg sangat buang masa kalau dikenangkan sekarang. Tapi waktu tu tidak pula terasa buang masa. Macam mengisi masa la pulak. Antara satu perkara yg aku tak pernah ceritakan kepada sesiapa ttg aktiviti ini adalah satu naluri semulajadi aku....nak bertemu dgn 'malam LailatulQadar'...sepanjang dok lepak malam, sepanjang perjalanan balik berbonceng basikal Wahab., sepanjang aku berjalan kaki sebelom ke tangga rumah., mata liar memerhati mana tau kalau2 bertemu. Aku pasti akan jeling pokok nyior yg Bang Noh tanam tu. Ustaz Fadzil, Ustaz Ku Muhamad selalu buka cerita tentang pokok yg sujud, tentang air yg beku. Malam memang dingin tapi tak pulak jumpa yg dua kejadian tu. Itu yg Ustaz cerita. Aku telan bulat2 waktu tu. Sampai laani tak kejumpa!
True. Life. Story. Mengasak kembali memori masa lalu hingga kini. Bacalah. Ada sesuatu yang mungkin tidak anda temui semasa belajar di dewan pensyarah berhawa dingin. Yang baik mohon dikongsi, yang buruk mohon disisih.
Salam.
INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan