Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Selasa, 21 Ogos 2012

Duit Raya


Masa bebudak dulu,   raya adalah masa paling seronok. Seronok kerana dpt kumpul duit. Kalau masa lain jgn harap nak dapat duit macam tu. Duit belanja sekolah pon kadang2 miss. Dulu sekali singgah dapat la 5 duit ka, sekupang ka.., kalau dapat 5 kupang, alamak...beruntung sunggoh dah! Masa tu semua rumah yang ada di kampong kena pi. Rumah yg tak bagi duit raya kami cop sebagai kedekut. Masa tu jugak takdak sampul2, pakai hulor duit terus. Tengah hari sikit kami pakat ramai2 jalan kaki pi kubor Tualang. Sana ada orang bagi duit. Dekat sana jugak ada kedai Cina tempat kami perabis duit raya...beli pistol. Lepas beli pistol dan sikit2 barang mainan lain, menapak balik laa pulak. Bukan jauh pon 4Km sehala saja. Kalau laa ni kena upah pon tobat tak jalan kaki sejauh tu. Dengar cerita masa tu ada jugak kawan yg naik bas pi Makam DiRaja Langgar sebab sana boleh dapat lima kupang. Masa hari raya naik bas free saja. 

Jalan dua tiga rumah, berenti. Pakat2 kira berapa duit dah dapat. Jalan dua tiga rumah berenti lagi, kira lagi..., dpt pon tak pernah sampai 15 ringgit...., lepas tu pakat2 'mengumpat' laa..... rumah ni dapat 5 duit saja, rumah ni 2 kupang...rumah tu kedekut, tak bagi duit langsung...tahun depan tak mau pi dah., hahahahaha.  Mata duitankah kami?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan