Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Bakar Lemang Raya


Masa kecik2 dulu sampai ke  laani, pulut lemang mak memang terbaik. Kalau dulu makpak masih kuat, awai2 lagi dah sediakan kayu api, awai Ramadhan dah potong kayu api, jemorq bagi kerin. Simpan bawah jelapang padi. Laani dah berumorq, pakat dah bersungut tak larat. Tapi buloh Pak tetap cari beberapa batang, Mak tetap perah nyorq dan basuh pulut, tetas pucuk pisang gulong sumbat dlm buloh. Lemang kena buat jugak pasai anakmenantu dan cucucicit nak makan malam raya. Dulu2 semua Mak buat. Kami anak2 yg jantan belaka ni cuma main api dan tukang pusing lemang saja. Bila Mak test kata dah masak, kami tukang makan. Yg agak lain drp orang lain...bila makan lemang, Mak selalu buat gulai perut(perut panjang) dan bakarq dagin. Ramai kawan Pak  kalau singgah beraya akan tanya lemang gulai perut.

Laani dak lagi...Mak cuma isi pulut dlm buloh dan masuk santan. Yg lain kami adik beradik akan cuba buat. Masa tu laa cari kayu api, masa tu laa pacak buloh buat tempat letak besi nak bakarq lemang. Semua serta-merta. Mana2 anak yg sampai dulu, dia mula dulu. Tak boleh dah tunggu semua sampai baru nak buat, alamat pukoi 10 mlm laa baru boleh makan. Tak macam zaman dulu2...semua sedia awai. Kami adik beradik bakarq sat saja, penyala api deras2...kadang2 hangit buloh, pulut tak masak pon.. tak macam mak...dia rajin main api, bakarq slow2.

Tiap kali buat lemang, aku tanya resepi dan rahsia. Tapi tiap kali raya Mak jugak yg buat. Sejak setahun dua ni Mak pon dah mula sungut tak larat. Agak2 sapa nak ambekalih resepi tu? Menantu dia kot. Ha ha ha.....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan