Suatu masa dulu, bulan Ramadhan pd tahun '70an di Kg Alor Tebuan. Zaman yg jauh sayup kebelakang dr api eletrik dan air paip. Masa tu jugak menaksah/surau pon tidaklah sebanyak sekarang. Jauh-jauh dan satu-satu. Bertuah sungguh sesiapa yg ada upaya utk mengunjungi menaksah. Apatah lagi utk berjemaah tarawih.
Ada satu perlakuan tarawih yg telah ditinggalkan di tempat aku. Sesuatu yg patut dan berbaloi digerakkan semula. Masa tu kg ini belom mempunyai satu bangunan yg khusus utk dipanggil surau/menaksah. Jadi penduduk kg ini bertarawih secara bergilir rumah...rumah yg besar dan kukoh saja yg menjadi pilihan. Memandangkan kebanyakan petani padi, tidaklah mudah utk menemui rumah yg boleh menampung jemaah sekitar 30 orang sekali jemaah. Jadi setiap rumah akan berbakti sebagai menaksah selama 3 malam.
Jamuan moreh dibawa oleh jemaah serba sikit dr rumah masing2 yg akan dimakan bersama selepas tarawih nanti. Begitulah para jemaah bergerak sepanjang 30/29 malam ramadhan secara bergilir2. Meriahnya telah bermula bila berkeliling telaga atau pelantar sungai utk mengambil wudhuk. Bertarawih di kerlipan pelita minyak tanah dan kalau yg mampu akan ada pelita gasolin. Setelah terbinanya Surau Kg Alor Tebuan, maka aktiviti ini berhenti dgn sendirinya. Aku masa tu ada jugak seronok tarawih kerana boleh makan kuih yg bermacam jenis....tidaklah cucoq tepong saja sepanjang ramadhan. Satu rindu yg tak kunjung tiba lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan