Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 24 Ogos 2012

Zakat Fitrah


Zakat Fitrah adalah wajib. Walau miskin mana pon depa tetap usahakan utk bayar zakat fitrah jugak. Masa tu bayar guna beras. Meriah jugak aktiviti berzakatfitrah masa tu.
Awai2 Ramadhan lagi Pak akan hantar padi dr jelapang ke Kilang Beras Yu di Alor Senibong utk kisar buat beras nak bayar fitrah. Selalunya hari ke 28 puasa tu bermulalah persiapannya. Pertama sekali kena pi kedai beli beg kertas untuk isi beras (dulu beg kertas ni ada jual di kedai2 runcit..kalau tak silap harganya 20 sen satu)...yg tak mampu beli buatlah sendiri. Lepas buka puasa petang tu berkumpullah anak beranak keliling Pak dok sukat beras dgn gantang (gantang pon kadang2 kena pinjam). Pak sukat satu2 dan serah kat anak2...Kami pon terimalah beras fitrah tu dgn amanatnya, "Ni beras fitrah hang, hang pi hantar ke.......". Lepas tu Pak tulis nama kami pada beg tu. Esoknya kami pon pergilah hantar beras fitrah tu kepada yang dimaksudkan Pak. Selalunya rumah Tok Guru mengaji Quran. Selesai. 

Pak pon banyak jugak dapat beras fitrah. Aku kerap jugaklaa jadi juruaudit Pak...dah berapa kampit dah beras dan siapa2 yang bagi. Alhamdulillah.

Sekarang dah dimudahkan. Bayar dgn duit sepadan dgn harga beras. SMS pon ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan