Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Selasa, 7 Ogos 2012

Kena hambat polis- Ramadhan 15


Bersambung2 dgn cerita aktiviti malam selepas Tarawih adalah cerita ttg kena hambat balik dengan polis peronda. Masa tu polis ronda pakai motor kapcai lagi. 2 orang polis dari Balai Pekan Langgar. Sedang rancak bersembang sambil duduk di gigi jalan, ada yg berbaring sambil berlapik baju yg di buka. Ada sorang dua yg dah lepas umur sedang merokok. Dari jauh kelihatan 2 lampu motosikal. Masa tu tak dak sapa nak kesah pasai kenderaan yg lalu lalang tu..sebab jarang benar ada jenayah. Kalau ada pon setakat curi binatang ternakan dan padi di jelapang saja. Motorsikal 2 buah tu melepasi kami, dan kami pon tak kesah pon ttp tiba2 berpusing balik. Kami mula cuak. Motor berhenti dan muka kami mula disuloh torchlite satu persatu...
"Hoi!" jerit seorang kawan yg sedang baring sambil merokok.
"Kami polis, pi balik...pi balik," sergah seorang drp  penunggang motor tersebut. Kelihatan drp uniform yg dipakai memang polis.
"Pi balik, tunggu apa lagi...tak mau balik, jom pi balai," jerit kawan polis tu.
"Tunggu kawaq datok, mana tau curi lembu ka." hehehehehe...berani jugak kawan aku nih.
"Pi balik, pi balik.....," kata seorang drp polis tu sambil mula turun mai kat kami.. Kami pon pelan2 belah. Kononnya baliklah tu tapi tuju ke rumah BaiHaq yg ada situ. Hatiku menyumpah jugaklaa. Selepas dah jauh polis tu beredar, kami pon berkumpul semula.. hehehehe.
Selang dua malam lepas tu, kami kena halau lagi! Serik?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan