Dulu kalau uniform sekolah masih baru, barulah dpt baju raya. Kalau tidak sah2 pakai uniform tu lah untuk beraya. Nak keluar pi Pekan Loastaq masa tu payah. Pak akan ukur dulu baju dan seluar dgn lilit kat tengkok dia...tengok besaq mana. Kalau kasut pulak, jengkai dgn jari ataupon ukorq dgn bilah mengkuang. Simpan dlm poket bawa pi kedai. Pak pi sorang2. Kami tak ikut, tak tau pasai apa.
Malam tu dua tiga kali try baju baru. Lepas try lipat simpan depan kepala masa tidorq. Jaga tengah malam, raba tengok...ohh, ada! Songkok? Masa tu tak pernah tau bahawa songkok juga pakaian raya..hahahahaha. Esoknya raya sakan laa dgn baju raya yg masih keras tu. Balik petang....Belemoih habiss.
Bukan satu benda mudah masa tu nak terbit pi Lostaq. Bas Sg Tiang pon sejam sekali...tu pon kena diri di tangga..
BalasPadam