Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Ahad, 5 Ogos 2012

Liatnya bangun sahur- Ramadhan 13



Peristiwa saban tahun setiap  kali  Ramadhan seakan mengimbau kembali kehidupan silam aku di kampung dulu. Semua itu bagaikan cerminan diri masa kanak2 dulu.
Bagaimana  ibu kepada anak2 aku bangun menyediakan sahur. Menyediakan sahur tidaklah sesukar membangunkan anak2 untuk bersahur. Berkali2 digerak dan dikejut. Sekejap memanggil nama...Shafiq, Adam........digerakkan badan...sekejap dipanggilnya nama penuh...sekejap kemudian setelah itu dikejut lagi, panggil lagi...abang, adik. Namun kedua2nya agak liat utk bangun walaupon sebelom tidur masing2 berpesan supaya kejutkan sahur. Mungkin begitulah agaknya emak aku dulu mengejutkan aku. Berkali2 agaknya...sehinggalah aku bangun. Betapa gigihnya emak mereka mahu melihat anak2nya bersahur. Anak2 aku adalah cerminan diriku suatu masa dulu, begitu pesan beberapa sahabatku. (kalau bapaknya yg kejutkan..siram jer air,...kadang2 cempong saja terus)

1 ulasan:

  1. Ish...ceritamu serupa dgn ceritaku...semua budak2 begitu agaknya...hahahaha

    BalasPadam