Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Selasa, 13 September 2011

Telanjang 3



Hari     : Selasa 13 Sept.11
Waktu :  4.30 ptg
Lokasi : Sebuah Mini Market (Bumi).


Perihal : Nak beli serbuk kopi 'buatan' Mim.....yg selalu dok minum. Dulu bila lalu kot sini beli di sini laa....senang singgah kerana lokasi yg strategik dan senang 'park' keta/moto. Walaupun aku selalu bersungut dgn 'toke' kedai...awat hangpa juai mahai sangat (kalau sekupang dua rasanya OK laa mahainya), tapi aku beli jugak, nak sokong syarikat Mim  kita laa katakan walhal selang 2 pintu dari situ ada lagi satu minimarket bukan Mim yg kebanyakan barangnya murah dr kedai Mim. Sampai aku peringat kat dia....".hangpa kena jaga2,..takut nanti tak tahan lama"....bagitau saja bukan doa.

Hari ni aku lalu lagi situ..nak beli serbuk kopi.....sampailah aku sampai baru aku perasan....laa kedai basikal pulak dah. Bila jadi kedai basikal pulak? Di depan tu ada seorang lelaki sedang makan guna mangkuk dan copstik duduk atas kerusi malas....Rupa2nya kedai Mim tu tahannya lebih sikit saja setahun....Telanjang lagi aku...... (Telanjang di sini bermaksud 'membuka/mendedahkan segala-gala untuk pengetahuan orang lain' sebagai panduan hidup)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan