Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 23 September 2011

Telanjang 4



Hari     : Jumaat: 23 Sept.11
Waktu :  7.30 am
Lokasi : Sebuah Restoran Muslim

Perihal :  Singgah sarapan pagi semasa perjalanan ke Perodua Servis. Tengah sarap tiba2 ada satu manusia bukan Mim yg dah lewat usia (mungkin dah bercicit dah kot- pengarang) minta tempat duduk. Nak tumpang duduk makan situ. Kebetulan depan aku tu kosong, walaupon banyak lagi yg kosong. Tapi dia pilih ddepan aku.


Dia panggil aku encik....Aku pon panggil dia Incik jugakla...(aku ubah susun semula dialog dia yg loghat/dialek kaum dia tu).
"Encik, boleh duduk sini".
"Boleh".
"Sini baguslah...pagi2 dah buka, senang utk sarapan"...
"Betol....Incik tak sarapan di rumah"?....
"Saya hanya berdua dgn isteri, saya bungkuskan utknya".
"Ooo...anak2?... Bila aku sebut pasai anak dia macam menung sekejap. Macam dok susun ayat.
"Susah mau cerita, dia orang selalu sebok"....bla,..bla,..bla,.........dan cerita sebenarnya yg dia nak bagitau ialah....
"Anak2 saya sudah buat saya macam anjing"....
"Kenapa Incik cakap begitu"......Ini cerita dia..
Selalu bila anak2 dia balik rumah pusaka tu, mereka jadikan rumah tu macam tempat singgah saja. Jarang lekat rumah..maklomlah balik sekali sekala. Bila keluar mereka akan bawa mak mereka sekali. Tinggallah si bapa ni tunggu rumah. Balik malam2 hon kereta minta buka pintu pagar. Bangunlah si tua ni terbongkok2 buka pagar rumah....kemudian tutup pintu pagar. Tu yg dia rasa macam 'anjing' tu...Sedih juga dengaq cerita dia ni. Anak2 pon satu....yg dok bawa mak saja, awat tak bawak pak sekali.....anak dia kata rumah kena jaga, nanti ada org masuk...barang2 mereka kena curi. Lagi sekali org tua tu rasa dia macam anjing jaga rumah.....Kalau org Mim selalu depa kata kalau kes2 begini.....anak jadi tuan kpd ibu bapa...dunia dah nak kiamat.....Telanjang lagi aku...... (Telanjang di sini bermaksud 'membuka/mendedahkan segala-gala untuk pengetahuan orang lain' sebagai panduan hidup)..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan