Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 9 September 2011

Telanjang 2

Hari : Jumaat
Waktu :  01.00pm-02.15pm (Solat Jumaat)
Lokasi :  Sebuah Masjid di daerah Baling
Perihal : Ya Allah, amponilah dosa hambaMu ini kerana mengungkit perihal hamba2Mu yg mengunjungi masjid tadi..Aminnn.

 Satu dua perbuatan betul tapi molek dilakukan dgn berhati2….1) Ambil wudhuk dgn cara yg sangat 'keras' sehingga tempias membasah jemaah sebelah menyebelah. Aku alami lagi untuk kali yg keberapa…mungkin pelaku itu merasakan tiada apa2 yg silap pon…memang tak salah pon cuma tak molek saja. Ceritanya….aku menunduk untuk menadah air drp paip untuk memulakan wudhuk…..tiba2.. glorkrgrg….kharkk..ptuihh….habis ayaq cuci mulut tersemboq kearah aku. 3 kali…..nak beralih kesebelah dah ada orang….aku pon undoq diri dulu lah. 2)  Cuba perati betoi2 air dlm kolah….ada nampak cahaya minyak-minyak. Itu kerana ramai yg basuh kepala terus cucur kedalam kolah….bekas minyak rambut laa tu….kemudian datang jemaah lain pulak cedok dan masuk mulut berkumuq2…memang la boleh krn +2 kolah, tapi tak moleklah. 3) Bila aku langkah keluaq nak balik aku tengok beberapa kasut ‘belemoih’ dgn selut/lumpur (kasut aku sekali)…kesan kena pijak jemaah awal….minta tolonglaa..jgn pijak atas kasut jemaah lain. Kira tak dak adap ka aku tulis macam ni? Dosa ka aku komplen org pi masjid semayang Jumaat? Ya Allah, amponilah dosa hambaMu ini kerana mengungkit perihal hamba2Mu yg mengunjungi masjid tadi..Aminnn. (Telanjang di sini bermaksud 'membuka/mendedahkan segala-gala untuk pengetahuan orang lain' sebagai panduan hidup)

2 ulasan:

  1. hang jangan dok selalu bertelanjang hahaha

    BalasPadam
  2. Salam Bang Aji....

    Kita kecik2 dulu gitulaa.....telanjang sana-telanjang sini. Ini cerita yg aku lalu masa hidup pakai pakaian....nak telanjangkan bagi orang lain tau..kot2 jadi pedoman...

    BalasPadam