Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 8 September 2011

Telanjang 1

Hari: Hari Jumaat.
Waktu: 11.00 am di pesisir jalan kaki Taman Koperasi.
Lokasi: Sedang duduk dlm kereta menunggu isteri shopping barangan utk cenderahati majlis kahwin   sahabat.
Perihal: Dari jauh kelihatan seorang makhluk tua (anggaran 70an umurnya) sedang menuntun basikal kecil beraga di depan. Bergerak pelan2. Dalam raga kelihatan ada beberapa bungkusan. Awalnya aku tak kisah pon. Tetapi bila aku nampak dia terbongkok2 dan kemudian berjalan semula dgn basikalnya dan kemudian berhenti dan bongkok2 semula....aku mula tumpukan perhatian.."apa yg makhluk ni buat"..sungut dlm hati. Makin lama makin menghampiri ke tempat aku. Nampak jelas dia mengambil sesuatu dr dlm beg plastik yg tersangkut di handle basikal tu. Kemudian digenggam kemas dan membongkok meletakkan ke satu tempat yg agak terlindung. Lepas tu dia bergerak pergi. Selang seminit dua setelah 'dia' bergerak pergi maka muncullah seekor kucing menuju ke tempat tersebut tadi. Bila aku perhatikan pd tempat2 lain yg 'dia' letakkan barang tadi tu semuanya telah ada kucing yg mengerumuninya....Ooooo..rupa2nya dia memberikan kucing2 tanpa tuan itu makanan....dlm beg plastik yg tergantung tu adalah makanan kucing. Sejak bila agaknya dia melakukan kerja baik ini.

Letih menunggu aku ke gerai makan berhampiran.....tekak minta hilangkan haus..
"Bagus sungguh Cina tua....bagi kucin2 tu makan",...kataku ingin berkongsi cerita dgn tuan gerai tu.
"Ish..tak kenan saya,..kita dok halau dia pulak bagi makan"...........( Sapa dah kena telanjang! ( Telanjang di sini bermaksud mendedah/membuka hingga diketahui orang segala-gala hal2 kehidupan untuk jadikan panduan.....))


2 ulasan:

  1. Kadangkala mengasihani haiwan lebih baik dari mengasihani manusia.

    Entri yang berkesan di hati.

    BalasPadam
  2. kat cni ada seorang yg dipanggil pak mat,round kawasan sekitar dengan berbekalkan ikan kembong.........untuk disedekahkan pada kucing2 yang tak bertuan.........sedangkan sendiri pon serba kekurangan...mungkin rezekinya kita x dapat lihat dengan mata kasar...

    BalasPadam