Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Isnin, 12 September 2011

Generasi tanpa jiwa

Apakah artinya kalau kita berjaya melahirkan generasi yg berpelajaran tinggi tetapi jiwanya kosong. Nilai kemanusiaannya hambar, tidak berbudi, tidak beradap sopan dan saling bercakaran kerana dihasut dgn unsur2 negatif dan perkauman?

 Dlm konteks ini sekolah merupakan tapak utama yg boleh menyemai pemahaman dan peranan mendidik anak bangsa pewaris negara, menjadi insanul kamil, yg berilmu, beriman, berktrampilan, seimbang dr segi roh dan jasmaninya utk meneruskan kelangsungan hidup yg ideal merentasi zaman

 (Ternyata sudah ramai sangat yang macam tu sekarang ni. Nilai murni dah terlalu banyak dikaburi dengan matlamat akademik. Tumpuan untuk mencapai matlamat kerjaya telah menempiaskan kepentingan unsur kesopanan dan kesusilaan. Ertinya, kita sebagai orang yang berkesadaran perlu melaksanakan tanggungjawab sosial atau fardhu kifayah untuk membantu sama menangani dan menyelesaikan isu ini. Walaupun mungkin ada yang berpendapat ianya tidak akan berkesudahan; sekurang-kurangnya kita akan tidak hanya melihat tanpa mengangkat tangan melakukan sesuatu......catat: Kamarulzaman almarwan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan