Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Khamis, 29 September 2011

TUGAS TIMBALAN KETUA PENGAWAS PMR/SPM


Gambar hiasan

TUGAS TIMBALAN KETUA PENGAWAS PMR/SPM

Antara tugas dan tanggungjawab Timbalan Ketua Pengawas ialah:

1.   Bersama Ketua Pengawas mengawasi perjalanan peperiksaan di pusat peperiksaan     berkenaan supaya peperiksaan tersebut berjalan dengan lancar dan selamat.

2.    Mengambil alih tugas dan tanggungjawab Ketua Pengawas pada masa ketiadaannya, di samping menjalankan tugas pengawasan biasa.


3.      Membantu Ketua Pengawas menjalankan pentadbiran pusat peperiksaan;
·        Menyemak dan menandakan kehadiran calon di dalam jadual kedatangan bagi tiap-tiap kertas yang diambil.
·     Mengendalikan skrip jawapan calon mengikut prosedur yang ditetapkan dan mengisi maklumat-maklumat yang diperlukan untuk pengeposan.
·     Melengkapkan  Borang Khas Mengesan Pergerakan Calon (borang LPM/AM29)
    Jadual Kedatangan dan borang lain berkaitan sepanjang tempoh peperiksaan.
·        Memungut semula kertas soalan tertutup.
·        Menjalankan tindakan susulan sekiranya ada perkara berbangkit.

4. Berada di pusat peperiksaan pada awal pagi setiap hari peperiksaan untuk memberikan taklimat harian kepada pengawas semasa Ketua Pengawas pergi mengambil kertas soalan daripada Penyelia Kawasan.

5. Memeriksa semua dewan/bilik peperiksaan setiap kali sebelum peperiksaan dijalankan untuk memastikan bahawa keadaannya bersih, kemas dan mengikut peraturan peperiksaan.

6. Lain2 peraturan yg berkuatkuasa dr semasa ke semasa seperti ditaklimatkan Penyelia Peperiksaan semasa Taklimat Penyelarasan dan Pengurusan Peperiksaan Bilik Kebal masing2..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan