Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Selasa, 27 September 2011

AMANAH


CITRA KARYA 1~Amanah

 ~Nilai amanah  akan menyedarkan hakikat bahawa tugas adalah amanah yg perlu dilaksanakan dgn sempurna supaya kerja atau perkhidmatan yg dihasilkan bermutu tinggi. Penghasilan kerja bermutu tinggi memerlukan penjawat awam memiliki ilmu pengetahuan dan kemahiran yg diperlukan utk melaksanakan tugas yg diberikan. Seseorang yg beramanah akan menentukan tiada penyelewengan dalam tugas, sama ada dari segi masa, kuasa, sumber, wang dan peralatan serta tenaga pekerja.  Dia akan dgn rela hati akan menghindarkan kepentingan diri drp mengatasi kepentingan tugas yg dipikul. Mengutamakan kepentingan awam menjadi teras perkhidmatan. Penjawat awam yg bertanggungjawab menyedari bahawa akauntabiliti akhir adalah terhadap Tuhan.
Ciri-ciri penjawat awam yg bersifat amanah
  • Menggunakan masa sewaktu di pejabat dgn sebaik-baiknya
  • Membelanjakan harta awam mengikut peraturan2 yg telah ditetapkan
  • Tidak melakukan penipuan, penyelewengan dan rasuah; dan
  • Menyiapkan kerja dalam tempoh masa yg ditetapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan