Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 17 Jun 2011

PERMAINAN DULU2~2

Terkenang zaman dulu...semasa tahun2 sekolah rendah....bila lihat anak2ku bermain dgn koleksi Maisto ka, atau kumpol kereta minyak shell ka. Teringat zaman dulu tu..mana ada itu semua pada aku yg dok di kampung nun. Adalah jugak sebilangan kecil anak2 pegawai gomen waktu tu yg boleh main kereta beli...ingat lagi? Kereta tu ada pemusing kunci bagi gerakkannya...nak jumpa kereta remote masa tu...jauh sangat. Jadi..apa alternatif budak kampung waktu tu......

Kereta sorong tin susu.....berlarak keliling kampung...masuk habis bawah rumah orang...selongkaq rata tempat sampah cari tin susu. Masa tu kalau tak silap famousnya susu 'cap junjung' ~ada gambaq orang pompuan junjung timba susu. Tin susu waktu tu susah nak dapat di rumah aku, kami kalau nak minum susu tunggu tokwan hantaq mai saja...itupon susu kerbau yg perah sendiri...

Cara nak buatnya senang saja....tebok tin susu tu dari atas ke bawah...masukkan kayu dalam lubang tu sebagai gandar....ada yg buat bertingkat2 lagi..ada yg buat pemegang macam stereng....petang2 bising riuh berlumba rata kampong...laki pompuan main sekali...hehehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan