Salam.

INGATAN: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman serta pemerhatian kehidupan peribadi penulis. Terdapat kemungkinan isi-isi yang dikemukakan berbeza kepada setiap individu. Setiap pembaca berhak untuk tidak menerima bulat-bulat apa yang ditulis. Setiap teguran, komen dan sumbangan dalam sebarang bentuk amatlah dihargai.

Jumaat, 29 Julai 2011

SAPS



Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
dibangunkan untuk mengumpul, menyimpan dan
menganalisis data peperiksaan dalaman setiap
sekolah di seluruh Malaysia.
SAPS merupakan sistem yang dibangunkan secara
atas talian yang boleh dicapai oleh semua pihak
termasuklah KPM, JPN,  PPD dan Sekolah. Analisis
yang dilakukan melalui sistem ini adalah selaras
berdasarkan skala gred kebangsaan.
Data yang disimpan melalui SAPS boleh
digunapakai oleh semua pihak terutama PPD, JPN
dan KPM untuk membuat sebarang analisis.
SAPS
Sekurang-kurangnya karenah meminta data
berkaitan peperiksaan ke sekolah akan dapat
diminimakan. SAPS juga boleh dijadikan ”Early
Warning System” kepada pihak pengurusan
melalui Analisis TOV (Take Of Value), AR (Actual
Result) dan ETR (Expected Target Result).
SAPS boleh dicapai melalui Portal NKRA seperti
berikut:
SAPS

Pengenalan
Setiap guru mata pelajaran boleh
mengakses sistem ini untuk
memasukkan data keputusan setiap
pelajar yang diajar mengikut
peperiksaan yang telah ditetapkan. 
Ini akan mengurangkan beban guru
kelas yang sebelum ini yang
terpaksa memasukkan data
keputusan semua mata pelajaran
untuk mendapatkan analisis
sesuatu peperiksaan.

Khamis, 28 Julai 2011

Jaga yg tidoq~cerita jaga-

Suatu ketika, suatu masa dan suatu tempat yg dah lama berlalu......
Hari Ahad....aku bertugas shif malam....lepas ronda sana sini, melawat kotak kunci utk kunci jam pekak tu...aku balik semula ke pondok. Ngantok sangat2 dah ni. Jam masa tu dah 2 pagi. Dalam dok pejam celik pejam celik tu...entah bila aku terlelap, aku pon tak tahu. Sedaq2 dah ada cahaya matahari yg suloh muka. Budak2 pon dah ramai yg lalu lalang depan pondok tu nak pi kelas. Tenyeh2 mata...Alamak, motor dah tak dak di tepi pondok. Jengok di parking keta guru kot2 salah letak....takdak jugak...alamak, hilang dah ni. Hati dah dupdap2...dah la hari ni pinjam tukaq motor dgn kawan yg nak pakai motor aku yg baru beli tu....ish! hilang pulakdah motor kawan aku nih....gelabah. Gelap dunia.



Jam 8.00 pagi....bila PRA sampai....aku nampak dia dok tuntun satu motor keluaq dari pejabat...sah, itu motor aku. Aku cepat2 lari pi ambek motor tu..PRA tu bagitau kat aku, "Pengetua kata, lain kali kalau nak tidoq kunci dulu motor...nanti hilang",. Aku pon ucap terima kasih kalut2 kat PRA tu. Sampai kat pondok aku cari buku catatan jaga, aku cari buku masuk keluaq.......dua2 buku tu pon hilang. Sah! Pengetua dah simpan...

Esoknya bila aku masuk kerja....bila aku buka buku catatan....ada tertulis 'Pengetua masuk jam 5.12 pagi didapati pengawal tidur'.....aku nak buat apa pd buku tu?...nak padam ka nak koyak?
                                             
"Bila selalu singgah pondok jaga, adalah jugak rahsia mereka yg menarik utk dikongsi".


Gambar hiasan~tiada berkaitan dgn crita

Isnin, 25 Julai 2011

Belalang panggang pelita minyak...

                                                   Belalang panggang pelita minyak...

Suatu masa dulu…..masa sekolah rendah, tahun 70an saja. Tidaklah lama sangat. Masa tu kampong Tebuan belum masuk api lagi. Rata2 kami pakai pelita minyak gas ( org moden kata minyak tanah)….tapi adalah jugak yg pakai gasolin dan sesetengah generator.

Musim ambek padi….malam selalunya adala seekor dua belalang yg sesat masuk ke rumah….entahla..apa nama belalang tu..kalau tak silap belalang susu kot...agaknya tertarik dgn cahaya pelita. Memang belalang tu silap…jadi mangsalah tu…tangkap dan sisip kat lidi penyapu…lepas tu panggang kat api pelita sampai ada bau harum, masaklah tu…apa lagi, ngap sajalah….sedap wooo…..kalau siang selalunya kami ramai2 akan cari dan tangkap belalang tu…bawak balik rumah dan goreng dlm kuali… thailand tu meniru geng kami lah tu.....macam fear factor la pulak…hahahahaha….

Sabtu, 23 Julai 2011

Pepatah dari dunia sebelah atas...

  1. Khabar angin berhenti apabila sampai kepada orang yang bijaksana; tetapi orang jahil menyebarkannya. (Pepatah Jepun)
  2. Syaitan tetap berkeliaran pada kebaikan dan saat bertuah. (Pepatah Jepun)
  3. Betapa bodoh pun seseorang, dia jadi cerdik bila menyalahkan orang; betapa bijak pun seseorang, dia jadi bodoh dan degil untuk mengakui kesilapannya. (Pepatah Cina)
  4. Sabar sesaat ketika marah akan menyelamatkan anda seratus hari penyesalan. (Pepatah China)

Jumaat, 22 Julai 2011

Ramai yang rasa perasan….

Ramai yang rasa perasan bila berada dalam perkhidmatan awam…cth; gurulah..kerana aku jugak guru. Ada yg perasan dirinya dianiaya, ada yg perasan dirinya sahaja yang hebat, ada yg perasan dia mengetahui segalanya, ada yg perasan pengetua hanya bergantung kepada dirinya, ada yg perasan kalau dia tiada di sekolah, sekolah akan gagal dikawal. Ada yang yg perasan dirinya lebih layak berbanding orang lain. Ada yg perasan guru itu pemalas, ada perasan guru itu tidak boleh dipercayai. Ada yg perasan guru ini bagus kerana menurut segala kehendak pihak pengurusan walaupun terpaksa mengorbankan masa dengan keluarga di rumah atau masa untuk beribadat. Semuanya banyak kepada perasan dan rasa.

Indikator untuk menilai secara profesional memang ada tetapi orang yang diberi tanggungjawab untuk menilai sebenarnya banyak menggunakan rasa perasan. Maka sistem pendidikan kita banyak berkembang atas dasar rasa perasan orang yang jadi kepala. Dulu kita perasan jika sains dan matematik diajar dalam bahasa inggeris maka ia dapat meningkatkan penguasaan bahasa inggeris. Tapi sekarang ini rasa itu telah ditarik balik atas rasa politik atau atas rasa semata-mata......atau akukah yg perasan..hahahahaha..
  

Khamis, 21 Julai 2011

Anehnya bahasa ini....

Anehnya bahasa ini....dalam seribu perkataan tak ada la pulak vokal a digunakan. Kalau Bahasa Melayu kita mana nak jumpa sebanyak tu....alih2 mesti guna punyalah vokal a tu, dah jadi macam wajib dah...tapi bahasa inggeris ni boleh la pulak bertahan sehingga thousandfold...tau apanyer...
Kiralah dan ejalah.....zero, one, two, three............ten, twelve,.....one hundred,.......six hundred ten,........eight hundred forty one,.........nine hundred ninety nine. Mana ada vokal a...boleh caya ka kelentong aku nih.....the end.

Isnin, 18 Julai 2011

Kasut plastik payung daun pisang...

Dah jadi sejarah dah.....bukan nak cerita pasai miskin tapi nak crita pasai sejarah.

Aku ikuti  satu ceramah motivasi oleh seorang motivator…..Untuk membangkitkan rasa kpd anak2 tu dia bercerita ttg kemiskinan masa lalu yg terpaksa dilalui oleh ibu bapa mereka. Tetiba saja aku teringat aku masa dulu…masa sekolah rendah .

Masa tu…
  • Uniform-itulah baju sekolah, itulah baju raya..lagi klik SINI
  • Kasut-pakai kasut plastic…senang basuh, tak payah boh kapoq…nak rasa kasut kain lambat laa….kalau masa tu BATA badminton master kot, lagi la tak jumpa..
  • Payong-kalau musim hujan lagi laa….selalunya gulong2 baju tu boh dlm beg….kadang2 kalau hujan tak lebat…guna daun pisang buat payung. Selalunya basah lencun laa kalau hujan waktu balik. lagi klik SINI
  • Beg-makpak buat sendiri,jahit kampit baja padi..selalu jugak putus bila buku banyak..dah tak boleh galas..heret saja. klik SINI
  • Buku- dulu tak ada SPBT….buku teks kena beli…kami pinjam buku drp sedara mara yg dah naik kelas…dah lunyai dah.
  • Pensil- guna sampai kontot…selalunya kalau pensil baru tu panjang kena kongsi..potong dua. Nak dapat 2B staedler…tunggu kerja dulu laa..lagi klik SINI
  • Getah pemadam-guna getah barang yg diikat pada hujung pensil….bila gosok buku jadi hitam. ..lagi klik SINI
  • Gam-kalau di sekolah boleh la pinjam kekawan…kalau di rumah terpaksa la pi potong batang rumbia yg muda tu…ambek getah dia buat gam,..
  • Bekas- kalau musim perayaan, kekawan bawak kuih dlm bekas kalau pon tak taperwe, aku bawak kuih balut kertas suratkhabaq china saja, masa tu suratkhabaq melayu mana nak cari,..sapa nak perabih duit beli ‘paper’ tu..
  • Botol kichap- kalau bawak ayaq selalunya isi dlm botoi kichap..sembunyi diam2 dlm beg…malu.
  • Baju sukan-masa tu cikgu beli singlet, kemudian pakat2 celop dye…mana ada main order macam budak2 la ni…3  4puloh selai..
  • La ni semua tu dah jadi sejarah....mungkin ada lagi di tempat lain, tapi tidak lagi di tempat aku.
  • Ada lagi kot...


Ahad, 17 Julai 2011

Organisasi unggul~keadilan dan kesejahteraan.

Hadith riwayat at-Tirmizi~ "Tidak ada suatu yg lebih berat dalam timbangan orang mukmin pada hari khiamat lebih daripada budi pekerti yg baik. Tuhan benci kepada org yg kotor lidahnya. Orang yg berkelakuan baik setingkat dgn orang yg giat berpuasa dan sembahyang".

Sebuah organisasi yg para penghuninya atau para pekerjanya mentakrifkan segala amal perbuatannya, atau pekerjaannya, demikian teliti dan tepat, yang sentiasa awas dan waspada kepada setiap gerakgerinya yg zahir dan yg bathin, yg sedar akan erti dan implikasi amal perbuatannya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat, tidak dapat tidak akan menjadi sebuah organisasi yg cemerlang serba-serbinya: akhlak pekerjanya terjamin baik, hasil usaha pekerjanya berupa kebajikan, dan kesannya kepada masyarakat ialah wujudnya keadilan dan kesejahteraan.

Jumaat, 15 Julai 2011

TEBUAN.


Tebuan merupakan sejenis serangga terbang yang mempunyai sengat yang menyakitkan. Tebuan tergolong dalam Order Hymenoptera, Family Vespidae. Spesis utama terdapat di Malaysia ialahVespa tropica tropica. Sarang tebuan dibuat daripada cebisan-cebisan tumbuhan yang dilumatkan menjadi seperti kertas. Tempat aku dulu2 banyak tebuan dan jugak sarang tebuan...maka kampong itu dinamakan Alor Tebuan...disitulah TEBUAN-ALOR mengenal dunia.

Khamis, 14 Julai 2011

GURU KETERPAKSAAN.

Rumit. Apabila terdapat segelintir lagi guru yang sudah tidak mempunyai motivasi untuk mendidik lagi tetapi terpaksa terus menjadi guru memandangkan komitmen pinjaman perumahan, kereta dan sebagainya masih belum selesai. Golongan ini akan menjalankan tugas disebabkan oleh keterpaksaan apatah lagi untuk melahirkan keikhlasan dalam tugas mereka. Malang sungguh anak didiknya kerana dianugerahkan sebuah patung yang tidak mempunyai perasaaan untuk membentuk jiwa manusia yang memerlukan

Tolak ' the boss is always right'

Dalam diri khlifah Umar al-Khattab, kita melihat bagaimana penolakan Islam terhadap prinsip jahiliyyah “the boss is always right” itu dilaksanakan pada puncak kecemerlangannya yang mungkin terasa sangat aneh dan melampau bagi manusia abad moden yang dikuasai hawa nafsu. Khalifah Umar banyak meninggalkan contoh-contoh keadilan dan ketegasan kepimpinannya yang akan terus mengkagumkan kita.
Sewaktu memberi ucapan ringkas selepas dipilih menjadi khalifah, Khalifah Umar meminta orang Islam membetulkan kesilapannya, lalu seorang Badwi menghunuskan pedangnya sambil berteriak, bahawa mata pedang itulah yang akan membetulkannya. Umar yang terharu mengucap syukur kepada Allah kerana melahirkan di kalangan orang Islam ketegasan dan keberanian demikian. Adalah menjadi kenang-kenangan kecemerlangan kehidupan Khalifah Umar al-Khattab yang selalu memperingatkan, bahawa seseorang pemimpin dan pengikutnya akan selamat jika dia  sedia menerima teguran dan kritik selagi para pengikut berani membuat teguran dan membetulkan kesalahannya; apabila pemimpin tidak mahu lagi mendengar teguran dan kritik daripada pengikutnya dan para pengikut tidak lagi berani memberi teguran atau kritik, maka kedua-duanya akan hancur.

Selasa, 12 Julai 2011

KEBOLEHAN MEMIMPIN DAN MELANTIK ORANG YANG BERKELAYAKAN


Pemimpin yg betul layak memimpin walau daripada kelompok berlainan

Keadilan dalam Islam diertikan sebagai “meletakkan sesuatu kena pada tempatnya, sesuai dengan kedudukannya.”  Ini hanya dapat dilakukan dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan. Dalam kehidupan berorganisasi, kebolehan seseorang ketua memilih orang yang paling layak dan sesuai dengan sesuatu tugas untuk diberi kedudukan, pangkat, tugas dan lain-lain, adalah suatu tanggungjawab utama dalam menegakkan kedilan dan mengelak daripada berbuat zalim. RasulAllah s.a.w. telah menegaskan bahawa sesuatu kerja atau tugas yang diberikan kepada  orang yang tidak layak dan tidak mahir, pasti akan menghadapi kehancuran. Seseorang ketua atau pemimpin yang melakukan ini dikira sebagai telah membuat khianat…
memimpin dlm kumpulan sendiri lebih mudah?

KAIN BELACU~Eh, nak ceghita lagilah.....

NAK CEGHITA LAGILAH!.....

Selalunya..saban tahun aku tidak terlepas dr mengajar 2 kelas paling corot drp 10.  Mungkin  kerana sifat Aku yg tak berapa kisah sangat ttg prestasi kelas (mungkin aku ni depa rasa agak tegas kot) atau kerana dah org lain semua pandai menolak.  Walaupun dah berusaha dgn pelbagai pendekatan ( yg waras dan yg tak waras) namun keputusan yg terbaik dapat dicapai hanya sekadar sederhana sahaja, kalau ada pon A hanyalah seorang dua.

Sebelom keputusan disebutkan dlm mesyuarat peningkatan prestasi, aku diam2 berjumpa dulu secara perseorangan dgn Pengetua. Aku menerangkan ttg usaha aku dan kehampaan aku terhadap keputusan yg dicapai.

Saya minta maaf cikgu, saya tidak dapat mencapai hasil yg diharapkan…saya sudah cuba yg terbaik….”
“Cikgu, secara jujur adakah target individu pelajar tercapai…”
Hampir tepat….cth A~2 org, dapat 1, B~15 org, dapat 9………”
“Cikgu puas hati dgn keputusan itu?”
Puas jugak..”
“Habis tu, apa lagi?”
Saya takut cikgu yg tak puas hati.”
“Bagi saya proses mendidik macam mencuci pakaian. Kalau jenis sutera…celop,bilas dan sidai. Jika jenis rayon…kena basuh dgn tangan pelan2..kalau kain kapas kena berus dan kalau belacu kenalah sental kuat..janji bersih dan yg dibersihkan belacu tetap belacu, tidak mungkin bertukar menjadi sutera tetapi menjadi belacu yg bersih…..(Belacu=kain benang mentah, kasar)
He he he……

Ahad, 10 Julai 2011

DALAM MENGEJAR KEKAYAAN

DALAM MENGEJAR KEKAYAAN, ramai golongan ini difahamkan dan memahamkan..untuk dapat kekayaan "lobby melobby" jadi amalan..

"Lobby melobby" atau dengan nama lain entertainment..atau "rasuah" sudah jadi amalan, atau prinsip dalam mengejar kejayaan sama ada dalam usaha mendapatkan projek atau pun pangkat dan kedudukan..

Walaupun hati kecil tidak menyenangi..golongan ini rasa ianya perlu atau terpaksa lakukannya...dengan harapan sipolan yg dilobbykan akan menjayakan hasrat mereka..mereka mengalah dengan berfahamkan ianya adalah satu yang wajib dilakukan atau dengan mengatakan bahwa itu lah satu2nya jalan utk berjaya..rasa tidak senang hati disebabkan iman terpaksa di'kubur"kan dan ditelan begitu saja..

Tapi..setelah habis ribuan ringgit, sekian masa...projek yg diidam2kan jatuh ketangan org lain..kedudukan pangkat yg dicita2kan jatuh ketangan org lain..yg dapat ialah kekecewaan...

Hati yg dibakar kekecewaan lantas menyalahkan tu dan ini..menyalahkan sistem..menyalahkan org lain..menyalahkan kronism atau nepotism..menyalahkan kerajaan..menyalahkan segala2nya ..tapi sekali2 tidak menyalahkan diri sendiri.

Tak trfikir oleh dirinya..jika dia berjaya mendapatkan apa yg dicita2kan bagaimana pula perasaan org lain yg tak dapat.

Tapi biasanya golongan yg berjaya dapatkan dengan jalan "lobby melobby" melampaui batas akan berkata dengan selambanya bahwa itu adalah rezekinya..dah ditakdirkan untuknya ..dia berhak dan layak..org lain yg gagal dan kecewa dikatakan tidak dapat menerima qada' dan qadar atau takdir ilahi..org lain hanya tahu dengki saja dengan kejayaannya..
Cuma kalau dia gagal..tidak pula ia mengatakan ianya takdir atau qada' dan qadar..dengan selambanya dia akan mengatakan pada yg berjaya tu berjaya  kerana merasuah, atau guna kabel..

Ini lah keadaan kita hari ni..sama ada dalam arena politik maupun perniagaan..

Sabtu, 9 Julai 2011

Kereta bongkah kayu~Permainan dulu2 bil:8

KERETA BONGKAH KAYU~ini saja yg mampu....



 kereta bongkah kayu

Zaman la melambak kereta mainan di pasaran...dari harga sekupang dua sampai ribuan ringgit. Zaman dulu...aku carila tang mana ada tukang buat rumah...ambek la seketoi dua bongkah kayu atau kepala kayu,..sampai di rumah cari pisau dapoq mak. Tetak pi la mana lebih kurang kat mana2 bucu. Biaq nampak macam keta. Cari pulak kasut jipun putus hidung....potong bulat utk buat taya. Sesetengah pakai tudung lemenet saja.. Nak buat gandar dia cari la kayu buluh dan ikat kat body keta tu...atau kalau jumpa paku sebatang dua lagi bagus..Carila arang di dapoq untuk lukis lampu, pintu dan apa2 gambaq pd badan keta tu.,..waku tu arang senang dapat sebab mak masih pakai dapoq kayu. 


kapai korek bongkah kayu

Kepada yg kreatif lebih...depa reka laa bas ka, lori ka...(paling senang buat bas laa)...sementelah waktu tu ada kapaikorek dok korek sungai...maka banyaklah idea nak cipta kapaikorek....kapaikorek korek tanah kemudian boh atas lori....heret sana heret sini....balik ghumah mak tanya,"Pasai apa pisau ni sumbin ha"...hehehehehehe...

Khamis, 7 Julai 2011

kereta sorong rim basikal.....(kong gerek):Permainan dulu2; bil. 7

kereta sorong rim basikal.....(kong gerek)

Permainan ini payah nak dapat...bukan senang nak dapat kong gerek. Dgn sikit kemahiran dr latihan seminit dua,..boleh la lungsur benda ni..Entah la mana syoknya main menatang ni...penat adala...tapi boleh sihat badan nih....sesuai utk latihan atlet zaman tu....lari sesaja....

Selasa, 5 Julai 2011

KADANG2 MENGENA, KADANG2 TERKENA.~Eh, ada crita pulak dah!

ADA CEGHITA LAGI...Ini cerita kenakalan waktu di SMDSO dulu....maaf kpd watak2 sebenar yg terlibat.
Salam semua!

Saya kembali........

Kembali dengan satu cerita lagi. Cerita ni sebenarnya samar-samar saja dalam ingatan. Kalau orang yang terlibat boleh tokok tambah mungkin boleh jadi betoi. Kalau tak betoi, maaflah pada yang terlibat dalam cerita ini. Cerita2 yg mungkin boleh jadikan pengajaran.

Kalau tak silap peristiwa ini berlaku masa tingkatan 4. Masa tu subjek Kajihayat (biology). Kalau tak silap cikgunya ialah MatGhani kot (silap kot-tak berapa ingat, yang aku ingat cikgu kimia-Cikgu 001(Ooi sok wah). Bila masa subjek sains semua kita kena berjalan pi makmal kajihayat tu, jauh jugaklaa- nun belakang sana. Dan selalunya ada yang singgah merata, lima minit lebih baru sampai.


Kalau tak silap pada hari tu, entah mana silapnya, kalau tak silap geng 'dok belakang'- depa tau kot sapa? Kalau tak silap, MWe, Ro, Sal, Lt.....depa boleh sampai dulu ke makmal. Kalau tak silap Mwe, Lt (?)dan Sal sampai dulu walaupun pelajar lain dah penoh dah dalam makmal. Kalau tak silap selalunya yang seringkali dok 'pedaje' kawan dalam kelas tu (nakai sikit laaa) Jn dengan Lt (selalu ni idea As kot? bukan tuduh, agak saja-teringat macamana hang pekena cikgu pengawas tu).

Kalau tak silap hari tu cikgu tu dah bagi nota pada kelas sebelumnya, jadi nota tu ada lagi di papan hitam. Dia minta kita salin saja nota itu dan cikgu tu (ihhh...lupa sungguh nama dia ni) terus masuk dalam stor pi cari peralatan untuk ujikaji kot.

Tengah kyusuk dok salin,tau-tau ada sorang masuk dengan selamba hayunnya. Kalau tak silap Jn.Selinap pelan-pelan nak pi duduk belakang."Jn, cikgu suruh padam papan hitam" jerkah Lt. "Betoi ka?" tanya Jn. "Betoila, tadi dia pesan sapa lewat kena padam p/hitam",sampuk MWe. Apa lagi dia pun pilah padam.

Tengah syok padam cikgu tu keluaq. Terkejut dia tengok Jn tengah dok padam nota dia. Kalau tak silap hari tu entah apa pasai cikgu tu cool semacam saja- dia sengih-sengih dan salin semula nota tu. Merah juga laa muka kawan kita. Tapi cerita ni kalau tak silap saja, Jn atau Lt aku pun tak tau sapa pekena sapa. Harap yang terlibat boleh perbetoi...aku minta maaf kerana buat cerita pasai ni ...kalau tak silap ni.
Itulah kadang-kadang kita mengena, kadang-kadang terkena, masa tu cuma ingat nak seronok saja..bukan nak pikiaq apa2...(Jgn tiru aksi ini).

Ahad, 3 Julai 2011

Tidak jemu ke Bang?..EH...CERITALAA PULAK!

CEghITA LAGI~”Tidak jemu ke bang?’

Suatu petang saya menemani pengetua yg rajin ni pergi ke rumah penjaga seorang pelajar asrama yg ada sedikit masalah. Tujuannya supaya si waris ini dapat menjemputnya anaknya kembali. Kami tidak terus menghantar anaknya pulang krn takut sesuatu berlaku semasa dlm perjalanan. Demi utk keselamatan dua warden ditugaskan pengetua mengawasi pelajar tersebut di asrama.
Rumah pelajar tersebut di sebuah FELDA…utk sampai ke rumah pelajar tersebut kami terpaksa melalui pagar berguard yg menjaga kenderaan keluar masuk. Mungkin tujuannya utk mengelakkan penyeludupan keluar hasil ladang.

Biasalah, dlm perjalanan ada perbincangan ttg masalah pelajar asrama dan cara2 utk meningkatkan prestasi penghuni asrama. Sesudah diberi izin masuk, setelah sedikit lepas, saya bertanya pengetua,
”Tak jemu ka lepas tali naik palang, tarik tali turun palang?”
 “Entahlah, saya pon tak tau, nanti balik nanti saya tanyakan.”

Saya ingatkan beliau bergurau; rupanya sungguh2. Dalam perjalanan pulang apabila sampai di guard tu, setelah memeriksa serba sedikit dan membenarkan kami keluar…sebelum bergerak pengetua bertanya.
”Tak jemu ker bang…dok sorang2…asyik tarik tali turun, tarik tali naik saja..? Jawab guard..”Jemu juga. Apa boleh buat dah rezeki saya di sini.”
 “Tapi bukan saya yg nak tahu, kawan saya sebelah ni, terima kasih ya.”

Apabila kereta dah naik cermin semula, saya bersuara…’ La..kenapa cikgu tanya guard tu?”
“Bukankah hang yg nak tau…saya tolong tanyakan  saja.”
“ Saya cakap dgn cikgu saja.”
“Tanya saya apa cikgu dapat. Apabila kita bertanya kita hendakkan jawapan. Jadi soalan kita perlu tujukan kepada yg dapat memberi jawapannya. Begitu juga kalau di sekolah, kalau kendak sesuatu drp saya, jumpa saya, Tanya saya. Jgn cakap belakang2..saya mana tahu. Saya bukan ‘six million dollar man.’…”
“He he he he..!!!”

Sabtu, 2 Julai 2011

EH, ADA CERITA lagi...Tukang Kebon bercrita..

Tukang Kebon bercerita..
Dulu ada kerja yg digelar tukang kebun. Sekarang kerja tu telah banyak diambilalih oleh pekerja swasta kontrak. Dalam bersembang2 tu ada jugalah crita yg boleh saya sampaikan untuk dikongsi.
...Critanya begini (olahan semula)
Selalunya jam 10-10.30 aku berenti rehat..masa tu lah nak hilangkan penat atau nak minum seteguk dua air di kantin. Kalau hari Sabtu kantin tak buka, aku keluar makan/minum di luar (dulu hari Sabtu kerja)..
...Satu hari aku dicari pengetua. Saya diberitahu begitu oleh rakan. Aku pon menyusulnya ke pejabat.
"Mat, saya cari kamu tadi, kamu kemana?"
"Saya ke pekan tadi."
"Tidak minta kebenaran pon"
"Saya dah tulieh dalam buku kebenaran keluaq"
"Ya saya tahu, kamu ada catat dlm buku catatan keluaq, yg saya kata kamu tak mminta kebenaran pon"
"Sama saja tu cikgu"
"Salah tu. Minta kebenaran pada orang. Selepas dapat kebenaran baru tulis dlm buku sebagai bukti bertulis".
Aku yg tidak mahu mengalah berkata,"Itu hak saya cikgu, lagipon itu waktu rehat saya."
"Lagi sekali kamu salah. Keluaq dgn kebenaran waktu kerja itu satu keistimewaan, bukan hak. Ada 2 saja hak sebagai pekerja awam....1 kamu ada hak untuk terima gaji sekiranya kamu bekerja..dan 2 kamu ada hak untuk letak jawatan. Yg lainnya semua keistimewaan".
....Aku minta maaf dan berlalu keluaq. Sebelom aku dikatakan salah utk kali ketiga baik aku cepat belah.....
Sebenaqnya si tukang kebon tu tak berapa nak faham saja.......aku tanya si tukang kebon tu, lepas tu apa jadi? Dia kata tak ada apa pon....tapi kali ni aku keluaq senyap2....tulieh buku pon tak...baru padan muka.