Suatu ketika, suatu masa dan suatu tempat yg dah lama berlalu......
Hari Ahad....aku bertugas shif malam....lepas ronda sana sini, melawat kotak kunci utk kunci jam pekak tu...aku balik semula ke pondok. Ngantok sangat2 dah ni. Jam masa tu dah 2 pagi. Dalam dok pejam celik pejam celik tu...entah bila aku terlelap, aku pon tak tahu. Sedaq2 dah ada cahaya matahari yg suloh muka. Budak2 pon dah ramai yg lalu lalang depan pondok tu nak pi kelas. Tenyeh2 mata...Alamak, motor dah tak dak di tepi pondok. Jengok di parking keta guru kot2 salah letak....takdak jugak...alamak, hilang dah ni. Hati dah dupdap2...dah la hari ni pinjam tukaq motor dgn kawan yg nak pakai motor aku yg baru beli tu....ish! hilang pulakdah motor kawan aku nih....gelabah. Gelap dunia.
Jam 8.00 pagi....bila PRA sampai....aku nampak dia dok tuntun satu motor keluaq dari pejabat...sah, itu motor aku. Aku cepat2 lari pi ambek motor tu..PRA tu bagitau kat aku, "Pengetua kata, lain kali kalau nak tidoq kunci dulu motor...nanti hilang",. Aku pon ucap terima kasih kalut2 kat PRA tu. Sampai kat pondok aku cari buku catatan jaga, aku cari buku masuk keluaq.......dua2 buku tu pon hilang. Sah! Pengetua dah simpan...
Esoknya bila aku masuk kerja....bila aku buka buku catatan....ada tertulis 'Pengetua masuk jam 5.12 pagi didapati pengawal tidur'.....aku nak buat apa pd buku tu?...nak padam ka nak koyak?
Salam... terima kasih kerana singgah di blog saya.
BalasPadamCerita yang menarik.
Teruskan menulis
Wsalam....
BalasPadamTerima kasih juga kerana melawat blog tebuan-alor.